Kerjaya sebagai guru bukan sahaja memerlukan kreativiti dalam menyampaikan pembelajaran tetapi juga menuntut kesabaran yang tinggi terutama ketika berhadapan dengan pelbagai ragam dan gelagat anak murid.
Baru-baru ini, tular video di TikTok gelagat seorang guru memeriksa tulisan pelajarnya yang saiznya sebesar semut.
Apa yang lebih melucukan buat warga maya, guru berkenaan terpaksa menggunakan kanta pembesar bagi meneliti tulisan tersebut.
Video yang diterbitkan di laman Yoy Official tersebut meraih tanda suka lebih 22,000 dan komen berjumlah 1,096 daripada orang ramai.
Pemilik akaun Stoberi Goreng mengakui, dia pernah menulis dengan saiz tersebut sewaktu di bangku sekolah dahulu.
"Aku dulu tulis macam ini dan kemudian cikgu panggil mak dan ayah untuk baca apa aku tulis,” katanya dalam ruangan komentar.
Sementara itu, individu bernama Cik Ernie pula berkata, meskipun guru itu menggunakan kanta, namun tulisan tersebut masih terlalu sukar untuk dibaca.
"Guna kanta pun tak nampak weih,” ujarnya.
Iklan
Iklan
Pengguna akaun bernama Zehraa menulis, tulisan pelajar tersebut hanya ingin menguji ketelitian yang ada pada kanta guru berkenaan.
"Murid nak suruh cikgu uji kanta itu ada fungsi ke tidak sebenarnya, haha,” komennya.