Beza bidang kuasa kerajaan negeri dan Persekutuan yang pelajar patut tahu

Iklan


Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu telah pun secara rasmi melabuhkan tirai pada Sabtu.

Beberapa gabungan utama politik di negara ini iaitu Pakatan Harapan (PH)- Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) berjaya mengekalkan kekuasaan di negeri masing-masing.

Berbicara tentang pentadbiran kerajaan negeri, orang ramai terutama pelajar sudah pasti tertanya-tanya tentang bidang kuasanya yang dilihat sedikit berbeza berbanding kerajaan Persekutuan.

Menurut Jurnal Universiti Malaya (UM) bertajuk Pembahagian Kuasa Fiskal Antara Kerajaan Persekutuan Dengan Negeri 1990-2001, terdapat beberapa peruntukan tugas yang dikendalikan pentadbiran masing-masing.

Bagi bidang kuasa Persekutuan, antara perkara tertakluk di bawah tugasnya ialah pertahanan, hal ehwal luar negeri, kewarganegaraan, pendidikan dan perubatan.

Iklan
Iklan


Turut termasuk, hal ehwal melibatkan kebajikan masyarakat Orang Asli dan kawalan keselamatan dalam negeri yang melibatkan keseragaman unit beruniform seperti polis, imigresen dan kastam serta kawalan terhadap akhbar atau media.

Iklan
Iklan


Bagaimanapun bidang tugas kerajaan negeri pula melibatkan pengurusan pertanian, perhutanan, tanah dan juga kerajaan tempatan (kecuali Wilayah Persekutuan).

Kerajaan negeri turut berfungsi mengawal hal ehwal agama Islam (di bawah raja) dan juga air serta penetapan hari kelepasan am buat wilayah masing-masing.



Adapun, terdapat bidang kuasa bersama yang dijalankan Persekutuan dan negeri iaitu seperti perancangan bandar dan kampung, kebajikan masyarakat, ternakan dan perlindungan binatang serta burung liar.

Tidak terkecuali pengurusan perparitan, pengairan, perumahan, amanah permajuan dan juga kesihatan awam serta langkah keselamatan kebakaran dan penyelenggaraan bangunan.