Guru boleh lakukan 9 ciri ini dalam menjadikan kelas sentiasa ceria

Iklan
Kredit foto: ferli/123rf

Dunia pendidikan hari ini semakin meriah dengan kepelbagaian pembaharuan dan kreativiti para guru ketika mengajar dan memberi latihan.

Masing-masing menyediakan banyak aktiviti menarik demi memastikan semua murid dan pelajar selesa dan seronok untuk mengikuti pembelajaran.

Iklan
Iklan

Menurut Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Payong, Pokok Sena, Kedah, Cikgu Dr Abdul Ghani Jalil, setiap pendidik sewajarnya menggunakan kreativiti dalam pengajaran sebagai usaha mewujudkan suasana pembelajaran yang ceria dan gembira.

"Saya puji dengan apa yang cikgu-cikgu lakukan demi memastikan murid dan pelajar kekal fokus dan bersemangat di dalam kelas.

Iklan

"Teruskan beraktiviti untuk mereka supaya anak-anak didik ini sentiasa aktif dalam pembelajaran,” ujarnya.

Bagi membantu guru-guru untuk terus berkreativiti ketika berada di dalam kelas, di sini Sinar Bestari kongsikan sembilan ciri yang boleh cikgu amalkan hasil perkongsian Dr Abdul Ghani.

Iklan

Berikut adalah senarainya!

1) Menggalakkan pelajar untuk belajar secara bebas.

2) Memiliki gaya pengajaran yang saling bekerjasama dengan anak-anak didik dan bersepadu secara sosial.

3) Memotivasikan pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan untuk dijadikan asas kepada pemikiran divergen (pemikiran kreatif).

4) Menangguhkan sebarang penilaian terhadap idea yang dikemukakan oleh murid kecuali setelah idea-idea tersebut diteliti dan diungkapkan dengan jelas.

5) Menggalakkan pelajar berfikir secara fleksibel.

6) Menggalakkan mereka melakukan penilaian kendiri terhadap idea-idea yang dikeluarkan.

7) Mengambil segala cadangan dan soalan pelajar secara serius atau bersungguh-sungguh.

8) Menawarkan kepada mereka ruang dan peluang untuk melakukan tugasan dengan menggunakan bermacam-macam bahan dan dalam pelbagai keadaan.

9) Membantu murid belajar bagaimana untuk menghadapi kekecewaan dan kegagalan supaya mereka akan tabah mencuba sesuatu yang baharu dan luar biasa.

Ringkasnya, terdapat pelbagai gaya pengajaran yang telah disarankan oleh pakar-pakar.

Terpulanglah kepada komitmen para guru untuk melaksanakannya di dalam bilik darjah.

Semoga bermanfaat.