Karnival Pendidikan Sinar Bestari tawar Smartboard

Iklan
Meen Tahrin.

Khabar gembira buat pelajar sekolah yang mengunjungi Karnival Pendidikan Sinar Bestari yang akan berlangsung pada 8 hingga 10 September depan kerana mereka berpeluang membawa pulang Arvia Smartboard 65” secara percuma.

Menurut Pengarah Projek, Meen Tahrin, Smartboard tajaan Arvia tersebut disediakan kepada sekolah paling ramai mengunjungi karnival terbesar negeri Selangor itu.

Iklan
Iklan

"Kita akan adakan pertandingan sekolah popular iaitu siapa yang paling ramai hadir ke Karnival Pendidikan Sinar Bestari dan sekolah tersebut berpeluang memenangi Smartboard.

"Oleh itu, saya ingin mengajak anda semua tidak kira ibu bapa, jiran tetangga atau saudara-mara untuk beramai-ramai mengunjungi karnival ini tidak lama lagi dan jangan lupa untuk mendaftar atas nama sekolah,” katanya.

Iklan

Tambah Meen, selain daripada itu, pelajar sekolah juga akan diberi sijil peringkat negeri yang boleh digunakan untuk Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

Sementara itu, Karnival Pendidikan Sinar Bestari yang akan berlangsung selama tiga hari menyediakan pelbagai pertandingan dan aktiviti menarik kepada para pengunjung.

Iklan

Antara pertandingan yang diadakan ialah kawad kaki, tarian, bola keranjang, koir, dikir barat, Sinar Bestari Got Talent, E-Games, pidato, cerpen, crossword puzzle, bicara berirama, bercerita Sirah Nabi, robotik, penglipur lara, Kids Quran Hour, doodle something nice dan explorefun.

Selain itu, turut diadakan demo Unit Beruniform daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Bomba dan Penjara; Pameran Digital Skil dan Kerjaya serta lebih 50 pempamer lain antaranya Bank Rakyat, KDEB Waste Management (KDEBWM), KPM, Israk Solutions Sdn Bhd, Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Yayasan Selangor, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Kolej Risda, AirAsia Academy, Petrosains, zoo mini Farm In The City, Planetarium Negara, Farm Fresh Selangor, Grup Buku Karangkraf, Les' Copaque, AEON BiG Sdn Bhd (AEON BiG), Bank Muamalat, Bank Simpanan Nasional, Co-opbank Pertama (CBP), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Wardah dari Pharmacore Technology & Innovation dan juga Able Perfect Sdn Bhd.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek akan merasmikan karnival ini pada Jumaat, 8 September 2023, pukul 3 petang.