Dian Karisma mengulang bacaan 12 hingga 15 juzuk al-Quran sehari demi kekalkan hafazan

Iklan
Dian Karisma bersama kedua ibu bapa yang sentiasa menyokong pembabitannya dalam dunia hafazan al-Quran. Kredit foto: AlHijrah Online.

Mengekalkan ingatan hafazan al-Quran memerlukan banyak pengorbanan. Selain pengorbanan masa dan tenaga, seseorang itu juga perlu berkorban jiwa raga serta wang ringgit demi kejayaan pada masa depan.

Menurut pelajar Pusat Pengajian Al-Quran & Tahfiz Al-Faizin Tawau, Sabah, Dian Karisma Mohd Japar, 18, dia mempunyai cara tersendiri dalam mengekalkan ingatan hafazan.

Iklan
Iklan

Katanya, tip yang dilakukan adalah mengulang hafazan antara 12 hingga 15 juzuk setiap hari di samping memperdengarkan bacaan al-Quran kepada guru agar hafazan sentiasa lancar dan kekal.

Ujar anak kelahiran Sabah ini lagi, hasil mengulang bacaan 12 hingga 15 juzuk sehari itu membolehkan dia khatam al-Quran 30 juzuk dalam masa tiga sehingga empat hari sahaja. Alhamdulillah.

Iklan

Dian Karisma merupakan salah seorang peserta yang mewakili negara kategori hafazan pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-63 Tahun 1145 Hijrah/2023 Masihi di World Trade Centre Kuala Lumpur.

Bertemakan ‘Perpaduan Teras Malaysia Madani’, program MTHQA ke-63 tersebut menampilkan 76 peserta dari 52 buah negara.

Iklan

Selain remaja ini, dua lagi wakil negara turut terpilih mengikuti MTHQA ke-63 iaitu Muhammad Qayyim Nizar Sarimi (Kelantan) dan Nor Hidayah Abd Rahman (Terengganu).

Sementara itu, Guru Cemerlang Hifz al-Quran, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kedah, Ustaz Ismail Salleh berkongsi beberapa tip penting kepada pelajar yang mahu menjadi penghafaz al-Quran.

Antara yang dikongsi beliau kepada Sinar Bestari berkaitan mengekalkan ingatan hafazan adalah;

1) Untuk lebih mendisiplinkan diri dalam pengulangan hafazan, seharusnya seorang hafiz hendaklah menanamkan keyakinan memelihara dan menjaga hafazan ayat suci al-Quran adalah suatu kewajipan istimewa yang ada hubungan secara langsung dengan ALLAH.

2) Adalah menjadi suatu kesalahan bagi seorang hafiz sekiranya dia mempunyai semangat bermusim dalam mengulang kaji hafazan. Jangan sekali-kali mengulang satu kali khatam dalam satu hari ketika rajin kemudian dalam masa yang lama seperti tiga atau empat minggu tidak melakukan pengulangan kerana dilanda perasaan malas.

3) Kebiasaan menunda dan menangguhkan pengulangan (murajaah) hanya akan menambah perasaan malas pada hari yang berikutnya.