Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) yang rancak berlaku di seluruh dunia hari ini membawa perubahan kepada ekosistem ekonomi dan industri pekerjaan global yang dilihat berubah kepada penggunaan sistem automasi serta robotik.
Menurut Pengasas dan Pengerusi Eksekutif World Economic Forum (WEF), Klaus Schwab menerusi bukunya The Fourth Industrial Revolution menjelaskan, IR 4.0 mengubah cara bekerja dan hidup.
Perubahan itu dipacu tiga domain teknologi utama iaitu fizikal, digital dan biologikal yang merentasi sembilan tonggak Industri 4.0, merangkumi simulasi dan realiti maya, integrasi sistem menegak dan melintang, industri Internet of Things (IoT), keselamatan siber, pengkomputeran awan, pembuatan bahan tambahan, rantaian bekalan, analisis data dan automasi robot.
Sehubungan itu, di negara ini pendedahan kepada revolusi robotik, teknologi simulasi dan IR 4.0 perlu dibuat dengan lebih luas kepada pelajar kerana ia sudah menjadi sebahagian daripada peluang kerjaya pada abad ini.