Murid kita, wajah Malaysia!

Iklan

Bukan sekadar Jalur Gemilang yang berkibar, kemeriahan Hari Malaysia turut terasa apabila SD Guthrie Berhad (Guthrie) turun padang menyemarakkan sambutan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jeram, Kuala Selangor, Selangor. 

Kehadiran syarikat perladangan itu bersama Sinar Bestari mencetuskan suasana ceria apabila pelajar daripada pelbagai kaum berpeluang berkumpul, berinteraksi dan menyertai aktiviti yang mengangkat semangat perpaduan.

Iklan
Iklan

Daripada gelak tawa hingga sorakan penuh semangat, setiap detik menjadi bukti bahawa kepelbagaian merupakan 'warna' yang mengindahkan Malaysia.

Lebih menarik, sambutan ini bukan sahaja menghiburkan, malah membuka ruang kepada pelajar mengenali peranan industri sawit dan sumbangannya kepada negara.

Iklan

Hari ini Sinar Bestari kongsikan kemeriahan yang berlaku di SMK Jeram bersama 300 murid dan guru-guru menyambut Hari Malaysia.

Aku, Negaraku!

Iklan