Padah buli, pelajar luar negara akhirnya tumbang akibat pukulan knockout anak Iban di gelanggang

Iklan
Tangkap layar video yang tular memapar aksi perlawanan tinju antara anak Iban dan pembuli.

Isu melibatkan kes buli dalam kalangan pelajar bagaikan tiada kesudahan apatah lagi melihat statistik kes yang semakin meningkat selain turut diperkatakan orang ramai lebih-lebih menerusi media sosial.

Mereka (pembuli) seakan tidak serik dan enggan mengambil iktibar terhadap kes-kes sebelum ini yang memperlihatkan nasib si pembuli ditahan pihak polis hingga akhirnya mencemarkan nama baik diri sendiri serta keluarga.

Iklan
Iklan

Namun lain pula yang berlaku di sebuah sekolah di Kuala Lumpur apabila seorang pelajar yang merupakan peninju kaum Iban di Sarawak berjaya mengalahkan pembuli dalam satu perlawanan tinju di sebuah gelanggang.

Difahamkan, remaja lelaki berkenaan adalah mangsa buli seorang pelajar luar negara daripada sekolah sama yang sering dilaporkan mabuk dan kerap meminta wang pelajar lain.

Iklan

Berang dengan tindakan pembuli berkenaan, anak Iban tersebut mengajaknya untuk bertempur dalam satu perlawanan tinju secara satu lawan satu.

Berbekalkan kehebatan dan kemahiran dalam kickboxing, anak Iban tersebut hanya melepaskan beberapa tumbukan amaran yang akhirnya berjaya menumbangkan pihak lawan.

Iklan

Memetik daripada video yang tular di aplikasi X itu, anak Iban berkenaan juga sempat menitip pesan kepada si pembuli agar sentiasa menghormati orang lain tanpa mengira latar belakang seseorang.

"Yang pertama, sentiasa menghormati orang lain dan yang kedua adalah jangan fikir jika badan kamu lebih besar daripada orang lain kamu boleh bertindak sesuka hati.

"Hentikan perbuatan minum arak dan memeras duit serta menganggu pelajar lain di Sri Petaling, Kuala Lumpur,” ujarnya seperti yang dikatakan menerusi video berdurasi dua minit itu.

Semangat dan keberanian mangsa buli ini dengan mengajak pembuli berlawanan secara adil satu lawan satu berjaya membuka mata masyarakat bahawa tidak semua pembuli itu berani bertempur sekiranya berseorangan.

Sementara itu, Sinar Bestari meninjau ruangan balas warga maya di aplikasi X yang rata-ratanya berbangga dengan tindakan anak Iban berkenaan.

Antara komen yang sempat dipetik adalah:

"Pelajar asing itu membuat kacau dengan orang yang salah. Anak Iban Agi Idup Agi Ngelaban, Enda Mudah Surut Ngapa.”

"Pembuli memang masa ramai-ramai berani. ‘One by one’ baru dia tahu.”

"Silap besar buat kacau dengan orang Iban. Mereka memang baik dan mesra dengan orang ramai tapi jangan sesekali buat hal dengan mereka.”