Siapa sangka, guru jadi ibu mertua akhirnya

Iklan


Berjodoh dengan siapa pun merupakan rahsia dan ketentuan daripada Ilahi yang cukup tersusun.

Namun siapa sangka, jika jodoh itu merupakan anak kepada guru yang pernah mencurahkan ilmu sewaktu di bangku persekolahan dahulu.

Baru-baru ini tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang guru selamat menerima ‘menantu lelaki’ yang merupakan bekas pelajarnya menerusi satu majlis ijab kabul bertemakan Melayu Klasik.

Apa yang mencuri perhatian warga maya dalam perkongsian individu bernama Fadhilah_nfi (sepupu kepada pengantin perempuan dikenali Ummu Sakinah) adalah kepetahan pengantin lelaki bernama Luqman Aiman yang menyampaikan khutbah dengan petah di hadapan tetamu yang hadir.

Iklan
Iklan


Hantaran tersebut kemudiannya mendapat puluhan ribu tanda suka daripada netizen di laman TikTok itu.

Seorang pengguna bernama Han berkata, dia mempunyai pengalaman sama yang mana suaminya merupakan anak murid kepada ibunya.

"Hahaha suami saya pun masa awal-awal kahwin dia panggil mak saya cikgu sebab rasa tak biasa nak panggil ibu,” ujarnya dalam ruangan komentar video berkenaan.

Iklan
Iklan


Manakala individu dikenali Has pula, mengimbau memori lama yang mana pernah terjatuh hati kepada anak gurunya.

"Hurm, pernah jatuh hati dekat anak cikgu aku juga dan sekarang selamat kena tolak,” luahnya dengan emoji ketawa.



Seorang lagi pemilik akaun bernama Syawalfitri pula berpandangan bahawa dirinya tidak akan mempunyai kesempatan sama seperti pengantin tersebut.

"Aduh, cikgu aku semua sudah kibar bendera merah (redflag) dekat aku,” ujarnya.