FOTO: MOHD HALIM ABDUL WAHID & MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
Orang ramai yang berkunjung ke Karnival Pendidikan Sinar Bestari berpeluang merasai keenakan kopi segar beraroma di ‘Jungle Café’ by Lotus’s Malaysia.
Ketua Komunikasi dan Perkhidmatan Korporat CSRnya, Hanim Hamdan sepanjang tiga hari karnival itu berlangsung pengunjung berpeluang merasai aneka kopi dan teh yang dibancuh oleh barista berpengalaman.
Menurutnya, Jungle Cafe merupakan produk terbaharu Lotus’s Malaysia khusus kepada peminat kopi segar di negara ini.
"Buat permulaan Jungle Cafe boleh didapati di Lotus’s Kepong, Bukit Puchong, Setia Alam, Shah Alam dan Ampang,” katanya.
Hanim berkata, kopi yang diperkenalkan di Jungle Cafe merupakan kopi berkualiti terbaik daripada Thailand.
"Paling penting harga yang ditawarkan berpatutan bermula dari RM8 hingga ke RM17 namun bagi pengunjung Karnival Pendidikan Sinar Bestari potongan harga diberikan sehingga 20 peratus,” katanya kepada Sinar Harian.
Antara minuman yang ditawarkan di Jungle Cafe termasuklah Americano,Latte, Caramel Macchiato, Buttercream Latte, Jungle Chocolate, Chocolate Mouse, Uji Matca dan Yuzu Litchi Tea.
Sementara itu bagi menyokong produk tempatan, pihaknya turut memperkenalkan produk jenama Lotus’s.
"Produk Lotus’s bersumberkan perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) di mana ianya secara tidak langsung menyokong barangan tempatan, ” katanya.
Jelasnya antara produk yang dijual pada karnival ini termasuklah tempura nugget, drummet, ais krim, susu UHT pada harga diskaun.
"Kita turut memberikan sampling produk percuma seperti kopi, kerepek kentang biskut butter kepada pengunjung,” katanya.