Warga pendidikan khas realisasikan Gotong Royong Madani

Iklan


Melihat sekolah kekal ceria dan terjaga merupakan impian buat semua pelajar serta guru.

Justeru, sudah pasti satu tekad kerjasama dari seluruh warga sekolah diperlukan bagi merealisasikan hasrat berkenaan.

Baru-baru ini, warga Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV) Merbok, Kedah menyahut seruan kerajaan menjalankan Gotong Royong Madani di institut pendidikan tersebut.

Iklan
Iklan


Menurut pengetua sekolah berkenaan, Rabthah Abd Rahim, objektif gotong-royong itu bertujuan meningkatkan aspek kebersihan, keceriaan dan keselamatan dalam premis pendidikan tersebut.

"Ia juga pada masa yang sama membuka jalinan kerjasama antara pihak sekolah dengan pelbagai pertubuhan, agensi kerajaan dan juga swasta.

"Selain itu, gotong-royong berkenaan buat julung kalinya mendapat kolaborasi daripada banyak pihak.

"Antaranya termasuk Majlis Perbandaran Sungai Petani, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Merbok, pekerja pembersihan dan juga Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMPKV Merbok,” katanya kepada Sinar Bestari pada Rabu.

Iklan
Iklan


Ulas Rabthah, program ini akan terus menjadi aktiviti tahunan khas buat sekolah tersebut.

Tambah beliau, besar harapannya untuk melihat aktiviti gotong-royong sebegini dapat memupuk sikap kerjasama dan mengeratkan hubungan silaturahim selain daripada menerapkan nilai cintakan sekolah yang bersih,selamat dan ceria.

Dalam pada itu, Gotong Royong Madani merupakan satu kempen yang digerakkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) pada 2023.



Sebanyak RM20 juta diperuntukkan oleh kementerian berkenaan untuk menjalankan inisiatif tersebut di semua sekolah KPM seluruh negara.