Menteri Pendidikan bagi negara Malaysia silih berganti mengikut peredaran masa dan zaman.
Walaupun berlainan individu dalam tempoh tahun yang tertentu, namun misinya tetap sama iaitu mahu membawa banyak kebaikan dalam sistem pendidikan hari ini.
Tun Abdul Razak Datuk Hussein merupakan individu pertama dilantik sebagai Menteri Pendidikan yang ketika itu digelar Menteri Pelajaran.
Lantikan beliau pada tahun 1955 telah membawa banyak perubahan dalam bidang pendidikan, termasuk yang melibatkan sukatan pelajaran dan isu berkaitan Bahasa Melayu.
Untuk itu, Sinar Bestari senaraikan nama-nama mereka (mengikut urutan) sebagai pengetahuan seluruh rakyat Malaysia.
Jom kenali mereka dengan lebih rapat!
1) Tun Abdul Razak Datuk Hussein (1955-1957)
2) Tan Sri Mohd Khir Johari (1957-1960)
3) Datuk Abdul Rahman Talib (1960-1962)
4) Tan Sri Kapten Abdul Hamid Khan (1962–1964)
5) Datuk Abdul Rahman Talib (1964-1965)
6) Tan Sri Mohd Khir Johari (1965-1969)
7) Datuk Patinggi Abdul Rahman Ya’kub (1969-1970)
8) Tun Hussein Onn (1970-1973)
9) Tan Sri Mohammad Yaacob (1973-1974)
10) Tun Dr Mahathir Mohamad (1974-1978)
11) Tun Musa Hitam (1978-1981)
12) Tan Sri Amar Sulaiman (1981-1984)
13) Tun Abdullah Ahmad Badawi (1984-1986)
14) Datuk Seri Anwar Ibrahim (1986-1991)
15) Tan Sri Amar Sulaiman (1991-1995)
16) Datuk Seri Najib Tun Razak (1995-1999)
17) Tan Sri Musa Mohammad (1999-2004)
18) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (2004 – 2009)
19) Tan Sri Muhyiddin Yassin (2009 – 2015)
20) Tan Sri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II (2013-2015)
21) Datuk Seri Mahdzir Khalid (2015–2018)
22) Dr Maszlee Malik (2018- 2020)
23) Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin (2020 - 2022)
24) Fadhlina Sidek (2022 - kini)