271 murid Tahap 1 memperagakan pakaian beragam sempena kemerdekaan

Iklan
Murid-murid Tahap Satu SK Ampang yang mengikuti pertandingan pakaian beragam sempena kemerdekaan baru-baru ini.

Pertandingan pakaian beragam Sekolah Kebangsaan (SK) Ampang, Selangor melakar sejarah tersendiri apabila disertai kira-kira 271 murid Tahap Satu dari sekolah tersebut baru-baru ini.

Menurut salah seorang guru, Cikgu Syahirah Mahiyud-Din, jumlah tersebut mengejutkan pihak sekolah yang tidak menyangka pertandingan berkenaan mendapat sambutan sangat baik dalam kalangan mereka.

Iklan
Iklan

"Oleh itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutamanya murid dan ibu bapa Tahap Satu yang sanggup turun padang memberi sokongan kepada anak-anak yang menyertai pertandingan tersebut,” katanya kepada Sinar Bestari.

Pertandingan yang diadakan bersempena bulan kemerdekaan 2023 bertujuan mencungkil bakat dan potensi murid dalam memperagakan pakaian tema merdeka atau tradisional kaum di Malaysia.

Iklan

Selain itu, ia juga berobjektif memberi peluang kepada murid-murid untuk membina sikap berani, bertanggungjawab dan berketrampilan serta meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan mereka.

Sementara itu, Cikgu Syahirah berkata, sempena bulan kemerdekaan yang lalu, pihak sekolah turut mengadakan pelbagai pertandingan untuk murid-murid ikuti.

Iklan

Antara yang mendapat tempat dalam kalangan mereka adalah pertandingan mewarna bulan merdeka.

Oleh kerana permintaan di luar jangkaan dalam setiap pertandingan, Cikgu Syahirah mengumumkan bahawa pihak sekolah akan menganjurkan lebih banyak program kemerdekaan pada masa akan datang.

"Diharapkan penganjur iaitu Kelab Sejarah, Kelab Pendidikan Seni Visual dan Kelab Muzik bersiap sedia untuk merealisasikan hasrat tersebut,” ujarnya.