‘Checklist’ barang keperluan sebelum daftar universiti bagi mahasiswa baharu

Iklan

Tidak lama lagi institut pengajian tinggi (IPT) akan menerima kemasukan penuntut baharu bagi sesi akademik 2023/2024 sama ada ke program asasi, diploma mahupun ijazah sarjana muda.

Pastinya kemasukan ini menimbulkan rasa teruja dalam kalangan mahasiswa yang bagaikan tidak sabar untuk mendaftar bagi merasai sendiri pengalaman menuntut di universiti terutamanya mereka yang pertama kali menjejakkan kaki ke alam kampus.

Iklan
Iklan

Melihat kepada situasi ini, Sinar Bestari yakin pasti ramai antara mereka yang agak keliru dan tertanya-tanya akan barang penting yang wajib dibawa ketika proses pendaftaran.

Untuk itu, Sinar Bestari kongsikan senarai barang yang diperlukan sebagai panduan memudahkan urusan pendaftaran ke universiti kelak.

Iklan

Jom kita lihat.

Senarai barang wajib dibawa

Iklan

1) Salinan kad pengenalan penuntut

2) Salinan slip peperiksaan (Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf).

3) Surat tawaran kemasukan ke universiti

4) Semua jenis sijil yang dimiliki

5) Salinan slip penyata gaji ibu bapa atau penjaga.

6) Salinan sijil tamat persekolahan

7) Dokumen-dokumen lain yang berkaitan dengan akademik dan kokurikulum

8) Laporan pemeriksaan kesihatan

9) Gambar berukuran saiz passport (sekurangnya empat keping ke atas)

10) Fail bagi memudahkan semua dokumen di simpan dengan kemas dan senang untuk dicari

Pakaian yang perlu dibawa

1) Baju Melayu dan sampin untuk mahasiswa lelaki

2) Baju kurung dan jubah untuk mahasiswa perempuan (disarankan untuk bawa banyak baju kurung)

3) Baju T-shirt, kemeja lengan panjang dan pendek

4) Seluar jenis tracksuit, slack, jeans (disarankan untuk tidak memakai seluar yang ketat)

5) Kain batik untuk penuntut perempuan dan kain pelikat untuk penuntut lelaki

6) Baju sejuk (sweater) atau cardigan

7) Kain hitam dan baju kurung putih (untuk perasmian kemasukan mahasiswa baharu)

8) Tudung untuk mahasiswa erempuan

9) Pakaian tambahan lain untuk pergi ke kelas nanti.

Kasut

1) Kasut jenis bertutup

2) Kasut sukan

3) Selipar untuk kegunaan ke tandas

4) Sandal dan stoking.

Barang mandian

1) Sabun mandi

2) Syampu

3) Pencuci muka

4) Ubat dan berus gigi

5) Baldi kecil atau bakul bagi meletakkan semua barang keperluan mandian

Barang bagi meletakkan baju kotor

1) Baldi

2) Gayung

3) Bakul atau baldi untuk meletakkan baju kotor

4) Sabun basuh baju

5) Pelembut kain

6) Penyangkut baju

7) Sepit baju

Barang alat tulis

1) Test pad atau kertas bersaiz A4

2) Pen, pensel pembaris, pemadam, gam, gunting dan lain-lain

3) Fail bagi meletakkan segala bahan nota

4) Penebuk lubang dan stapler

5) Paper clip

Barang di dalam bilik

1) Cadar dan sarung bantal (sekurang-kurangnya dua)

2) Bantal

3) Selimut atau comforter

4) Tong sampah kecil

5) Alas kaki

6) Padlock (untuk locker)

7) Pewangi locker

8) Beg plastik

9) Jam loceng

10) Surat khabar atau kertas minyak yang boleh digunakan alas di dalam locker

11) Kalendar

12) Alas meja untuk meja belajar

Batangan elektrik dan gajet

1) Laptop dan pengecas

2) Telefon pintar, pengecas dan powerbank

3) Pendrive

4) Seterika

5) Wayar sambungan (extension wire)

Kit kecemasan

1) Ubat-ubatan (panadol atau ubat tahan sakit).

2) Minyak angin

3) Minyak gamat

4) Hansaplast plaster

Barang keagamaan (untuk penuntut beragama Islam)

1) Al-quran

2) Yassin

3) Telekung dan sejadah (bagi perempuan)

4) Kopiah atau songkok beserta sejadah (bagi lelaki)