Hanya berbekalkan papan putih lusuh dan telefon, gadis ini gigih mengajar subjek Sejarah

Iklan
Mahaletchmi menjadikan ruang parkir rumah sebagai kelas tuisyen sama ada secara fizikal atau dalam talian di Taman Perwira.

Setiap Jumaat dan Sabtu, K Mahaletchmi, 20, akan duduk di ruang parkir rumahnya di Taman Perwira, Muar, Johor bagi membuka kelas tuisyen sama ada secara fizikal atau dalam talian kepada pelajarnya.

Berbekalkan papan putih lusuh dan telefon pintar lama, sudah cukup untuk gadis ini menggunakan Google Meet atau secara bersemuka mengajar subjek sejarah termasuk Sejarah Islam kepada anak muridnya yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Iklan
Iklan

Walaupun tanpa peralatan canggih dengan keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan semenjak kematian bapanya beberapa tahun lalu, tidak menghalang Mahaletchmi menawarkan khidmat itu pada kadar rendah hanya RM20 sebulan.

Mahaletchmi yang menetap bersama ibu, nenek dan tiga adiknya mengakui terdorong untuk mengajar Sejarah susulan minatnya yang mendalam terhadap subjek itu terutama Sejarah Islam.

Iklan

Dia yang memperoleh A bagi mata pelajaran itu pada STPM lalu memutuskan untuk memberi khidmat tuisyen dua kali seminggu.

"Pelajar saya sekarang seramai lapan orang yang akan menduduki STPM... Melayu, Cina, India semua ada. Ada yang kadang-kadang tak mampu bayar jadi saya cakap pada mereka bayar RM20 pun tak apa sebab ada masanya saya perlu sediakan nota dan fotokopi atau hantar ke rumah mereka, jadi ia memakan belanja.

Iklan

Mengagumi ketokohan Nabi Muhammad SAW dan ahli pelayaran Arab terkemuka Ibnu Majid, Mahaletchmi bercita-cita menjadi guru Sejarah kerana baginya, sejarah amat penting sebagai iktibar dan panduan khususnya dalam memajukan negara.

Ibu Mahaletchmi, V Devani, 55, yang kini bekerja sambilan di sebuah kilang berdekatan berkata hidup mereka sekeluarga agar sukar selepas suaminya menjadi orang kurang upaya (OKU) selama sembilan tahun selepas mengalami kemalangan di tempat kerja sebelum meninggal dunia pada 2019.

"Saya bangga melihat kesungguhan Mahaletchmi namun ada waktunya sedih melihat dia membuat kerja dalam keadaan kelengkapan serba kekurangan.

"Saya sangat berharap dia berjaya menjadi seorang guru Sejarah yang hebat satu hari nanti,” katanya. - BERNAMA