Saintis bangunkan teknologi mRNA menang Hadiah Nobel 2023

Iklan
Kariko (kanan) dan Weissman diumum sebagai pemenang bersama Hadiah Nobel 2023 dalam fisiologi atau perubatan.

Dua saintis masing-masing dari Hungary dan Amerika Syarikat (AS) dianugerahkan Hadiah Nobel 2023 dalam fisiologi atau perubatan pada Isnin atas sumbangan mereka membangunkan teknologi yang membawa kepada vaksin mRNA.

Kemenangan Dr Katalin Kariko dan Dr Drew Weissman diumumkan oleh Royal Swedish Academy of Sciences di Stockholm, Sweden.

Iklan
Iklan

Kedua-dua saintis tersebut bekerjasama menerbitkan penemuan mereka dalam sebuah jurnal perubatan pada tahun 2005, namun kurang mendapat perhatian ketika itu.

Penemuan Kariko dan Weismann itu berperanan penting dalam mengekang penyebaran virus Covid-19.

Iklan

Semasa gelombang pandemik Covid-19, Moderna dan Pfizer-BioNTech membangunkan vaksin yang kedua-duanya berasaskan teknologi mRNA dibangunkan gandingan Kariko-Weissman.

Hadiah tersebut bakal disampaikan Raja Carl XVI Gustaf pada majlis rasmi di Stockholm pada 10 Disember nanti sempena ulang tahun kematian Saintis Alfred Nobel pada 1896 yang mencipta anugerah berkenaan dalam wasiat terakhirnya. - AGENSI

Iklan