Sekolah Menengah Antarabangsa Sri Desa berjaya kumpul RM7,000, beri sumbangan kepada pusat kebajikan

Iklan
Program jualan amal pupuk nilai empati dalam kalangan pelajar sekali gus mewujudkan semangat keusahawanan.

Sejumlah RM7,000 telah berjaya dikumpulkan oleh Sekolah Menengah Antarabangsa Sri Desa (Sri Desa International Secondary School), Kuala Lumpur menerusi satu jualan amal yang dijalankan oleh para pelajarnya.

Lebih menarik lagi, hasil kutipan itu diserahkan dan disumbang kepada Pusat Kebajikan Stepping Stones Living Centre yang diwakili oleh pengasasnya, Johnson A Rajahser.

Iklan
Iklan

Menurut pengetua sekolah berkenaan, Janice Saw, program jualan amal yang melibatkan sebanyak 20 gerai telah dibuka oleh pelajar dengan menjual makanan dan minuman termasuklah gerai yang menyediakan permainan kepada para pengunjung.

"Program ini dijalankan bertujuan untuk menerapkan sikap empati pelajar kepada mereka yang memerlukan bantuan.

Iklan

Sementara itu, Johnson merakam ucapan terima kasih atas sumbangan yang diberi dan akan menggunakannya untuk penambahbaikan pusat kebajikan tersebut.

"Sumbangan ini akan kami gunakan bagi perbelanjaan dan membaiki kerosakan yang berlaku disebabkan tanah runtuh dan banjir besar yang melanda pada bulan September tahun lalu,” ujarnya.

Iklan

Sebelum ini, sekumpulan pelajar Sekolah Menengah Antarabangsa Sri Desa juga pernah menganjurkan program Chinese New Year Virtual Donation Drive dan Banjir Kids Aid bertujuan membantu masyarakat yang kurang bernasib baik.