Remaja nyaris buta dibelasah rakan

Iklan

Isu buli seakan tidak pernah pudar daripada dibicarakan dalam sektor pendidikan di negara ini terutama di sekolah rendah dan menengah.

Akibatnya, terdapat dalam kalangan pelajar yang mengalami impak negatif sama ada dari segi mental dan fizikal.

Iklan
Iklan

Terbaharu, seorang pelajar Tingkatan Tiga nyaris buta selepas kehilangan 50 peratus penglihatan akibat dibelasah enam rakan sekolahnya baru-baru ini.

Remaja tersebut, S Thinesh tersebut turut berhadapan dengan risiko kecacatan penglihatan sekiranya pembedahan dijalankan kerana terdapat keretakan teruk di bawah mata.

Iklan

Dalam satu sidang media, Presiden Organisasi Penggerak Sosial dan Minda Nambikkai (Nambikkai), Datuk Kalai Vanar mendakwa, sehingga kini tiada tindakan susulan daripada pihak polis meskipun laporan telah dibuat.

Lebih mengecewakan, pihak sekolah juga didakwa mengambil sikap sambil lewa terhadap insiden berkenaan.

Iklan

"Amat mengecewakan apabila menurut keluarga mangsa, selepas insiden tersebut mangsa dimasukkan ke hospital selama empat hari namun tiada seorang wakil pun dari sekolah yang datang melawat dan bertanya khabar.

"Malah, pihak sekolah juga tidak berusaha menyelesaikan isu terbabit dengan mengadakan perjumpaan ibu bapa pelajar bersama keluarga mangsa walaupun mangsa mengalami kecederaan parah hingga tulang pipi di bahagian bawah mata retak selain kecederaan di dahi,” ujarnya.

Sidang media tersebut turut tular menerusi satu video di laman sosial TikTok.

Ujarnya, satu emel telah dihantar kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain @ Abd Rasid berhubung perkara tersebut