Institut pendidikan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) termasuklah Universiti Teknologi MARA (UiTM) hendaklah memberi tumpuan kepada latihan dan peningkatan kemahiran bakat-bakat baru tempatan bumiputera dalam bidang pertumbuhan tinggi seperti ekonomi Islam, aeroangkasa dan industri kreatif.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, institut utama negara tidak boleh lari daripada matlamat asal penubuhannya.
Kata Anwar, pada tahun hadapan juga sebanyak RM1.6 bilion disediakan khusus untuk usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bumiputera dengan meningkatkan kapasiti dan daya saing termasuklah penyediaan pembiayaan modal teroka kepada syarikat pemula bumiputera.