Malaysia akan menubuhkan pusat pengajian Kecerdasan Buatan (AI) pertama negara iaitu Fakulti AI di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan peruntukan awal RM20 juta bagi memperhebat penerokaan bidang tersebut merentas disiplin ilmu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana inovasi dan bakat digital perlu diperkasa khususnya dalam bidang AI bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara yang lebih mampan.
Menteri Kewangan itu berkata, ia antara peruntukan sebanyak RM16.3 bilion kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada 2024 berbanding RM15.3 bilion tahun ini dalam usaha membekalkan mahasiswa dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan oleh pasaran pekerjaan.
Iklan