KPM ambil 9,500 guru baharu bulan depan

Iklan

Kementerian Pendidikan (KPM) dijangka membuat pengambilan 9,500 orang guru baharu pada November ini bagi mengatasi isu kekurangan guru ketika ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, penempatan akan dibuat dengan kadar segera selepas proses temu duga sudah pun selesai sebelum ini.

Iklan
Iklan

Katanya, isu kekurangan guru adalah bersifat sementara dan pihak kementerian mengambil langkah segera bagi menangani perkara berkenaan.

"KPM juga akan memastikan proses pengambilan guru berjalan secara berterusan bagi memastikan isu kekurangan guru kekal bersifat sementara," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Agrotek Madani di Kolej Vokasional Pasir Puteh, Kelantan.

Iklan