Bengkel GCED lahirkan generasi cakna masa depan mampan

Iklan
Barisan peserta bengkel GCED yang diadakan di KV Keningau baru-baru ini.

Seramai 30 remaja daripada pelbagai daerah di Sabah telah menyertai Bengkel Pendidikan Kewarganegaraan Global (GCED) Sabah PLS selama dua hari bemula 14 hingga 15 Oktober 2023 di Kolej Vokasional (KV) Keningau, Sabah.

Menurut penyelarasnya, Cikgu Mohd Al Khalifa Mohd Affnan, bengkel GCED Sabah PLS adalah inisiatif yang inovatif bertujuan menangani isu sisa khususnya plastik sekali guna dan fabrik dalam komuniti di Sabah.

Iklan
Iklan

Katanya, bengkel itu memberi peluang kepada para remaja khususnya di Sabah mempelajari perubahan tingkah laku dan membangunkan kemahiran yang berharga melalui amalan pengurusan sisa yang bertanggungjawab.

Tambah Cikgu Khalifa, inisiatif yang dijalankan ini selaras dengan prinsip GCED dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dengan matlamat untuk mencipta masa depan yang mampan dengan mengurangkan penjanaan sisa dan memupuk penjagaan alam sekitar.

Iklan

"Saya berterima kasih kepada barisan pentadbir di KV Keningau dan barisan mentor kerana sentiasa menyokong program yang memberi banyak manfaat kepada remaja," katanya lagi.

Cikgu Mohd Al Khalifa yang juga merupakan penerima anugerah Cikgu Amalan Terbaik semenjak tahun 2018, 2020 dan 2022 di bawah program Pertukaran Guru Asia Pasifik UNESCO-APCEIU berkata, beliau telah menjemput organisasi usahawan sosial Sabah iaitu Give 1 For Two dan Ezplast Solution sebagai mentor utama yang sememangnya pakar dalam bidang tersebut untuk memberi impak yang lebih meluas tentang pentingnya penjagaan alam sekitar kepada komuniti global.

Iklan

"Saya berharap bengkel seperti ini boleh diteruskan lagi dan diperluaskan ke seluruh daerah dan disasarkan kepada pelbagai lapisan masyarakat agar komuniti di Sabah khususnya lebih cakna tentang isu alam sekitar yang sedang berlaku di tempat masing-masing," ujarnya.