Berjaya tamat kursus IMPAK, 22 ibu bapa dirai dalam majlis graduasi gilang gemilang

Iklan
Ibu bapa yang dirai pada Majlis Graduasi Ibu Bapa IMPAK di DBKL PPR Pekan Batu pada Ahad.

Seramai 22 orang ibu bapa yang menyertai kursus Ibu Bapa Memastikan Peningkatan Akademik Anak (IMPAK) di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pekan Batu, Kuala Lumpur pada Julai hingga September lalu, telah diraikan dalam Majlis Graduasi Ibu Bapa IMPAK pada Ahad.

Berlangsung di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) PPR Pekan Batu, Majlis Graduasi Ibu Bapa penuh gilang gemilang itu telah dihadiri Yang Dipertua Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Kuala Lumpur, Zainal Adnan Abdul Halim sekali gus merasmikan majlis bersejarah para penerima.

Iklan
Iklan

Hadir sama di majlis graduasi tersebut juga adalah Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) Wilayah Persekutuan, Shukri Omar; Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Jeffrey Mohammad; Pengerusi Surau Al-Hijrah, Ishamuddin Abdullah; Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk, Hasli Md Zahri; wakil Sekretariat IMPAK Pusat, Nur Adibah Zulkifli dan barisan jurulatih IMPAK IKRAM Kawasan Batu.

Kursus IMPAK kali ini adalah anjuran IKRAM Kawasan Batu.

Zainal Adnan

Iklan

Zainal Adnan dalam ucapan perasmiannya menyeru ibu bapa supaya meletakkan keutamaan peranan mereka kepada perkembangan anak-anak dari segi kendiri, emosi dan pencapaian.

"Terutamanya bagi anak-anak yang lahir pada zaman digital ini, ibu bapa perlu melengkapkan diri dengan ilmu baharu keibubapaan supaya anak-anak mendapat panduan dalam menghadapi desakan sekeliling,” tuturnya.

Iklan

Majlis Graduasi Ibu Bapa IMPAK menyaksikan Ezi Azwir dipilih sebagai penerima Anugerah Ayah Mithali manakala Norhayati Zali diumum pelajar terbaik bagi kursus tersebut.

Ezi merangkul Anugerah Ayah Mithali pada Majlis Graduasi Ibu Bapa IMPAK baru-baru ini.

Menurut Ezi, para ibu bapa telah memperolehi banyak manfaat dari program IMPAK antaranya dapat menambah pelbagai ilmu berkaitan keibubapaan.

Sementara Norhayati pula memberitahu, program IMPAK menuntut kesungguhan mereka menimba ilmu biarpun dalam kesibukan dengan tugasan seharian.

"Ilmu yang dipelajari amat berharga dalam memberi kemahiran berkesan untuk membentuk anak-anak bersahsiah tinggi dan cemerlang akademik,” ungkapnya.