Hentikan tohmahan profesion guru, mereka sanggup berkorban demi pendidikan anak bangsa

Iklan
Tangkap layar klip video yang memaparkan sekumpulan guru meredah sungai ketika membawa motosikal.

Bercakap mengenai profesion seorang guru, masih ramai yang menganggap bahawa kerjaya itu adalah menguntungkan kerana bukan sahaja menerima gaji lumayan tetapi turut menikmati elaun yang banyak.

Namun di sebalik tohmahan tersebut, pasti ramai yang tidak mengetahui akan keadaan sebenar yang perlu ditempuh oleh seorang guru demi memastikan anak didik terus mendapat pendidikan yang berkualiti dan selayaknya.

Iklan
Iklan

Melihat akan perkara itu, Sinar Bestari tertarik untuk berkongsi kisah di sebalik pengorbanan seorang guru yang telah dimuat naik di aplikasi Facebook Tawau Troll dan memaparkan situasi guru di pedalaman yang perlu meredah hutan dalam perjalanan ke sekolah.

Tidak hanya itu, guru berkenaan juga perlu ‘berenang’ bersama-sama motosikalnya bagi menyeberangi sungai dan hampir lemas semata untuk sampai ke sekolah dan menjalankan tanggungjawab sebagai warga pendidik.

Iklan

"Besarnya pengorbanan seorang guru demi mendidik anak bangsa menjadi manusia yang berjaya, tidak pernah mengeluh sekali pun.

"Namun, ada juga segelintir ibu bapa yang memandang rendah pada profesion seorang guru.

Iklan

"Tanpa guru, siapalah manusia yang berjaya. Terima kasih cikgu kerana menjadikan kami insan yang berjaya,” menurut hantaran tersebut.

Susulan perkongsian video itu, Sinar Bestari turut tertarik untuk melihat komen pengguna yang rata-ratanya terharu akan perjuangan dan pengorbanan guru terutamanya mereka yang berkhidmat di kawasan pedalaman.

Antara komen yang sempat dipetik adalah:

"Semoga jasa dan pengorbanan guru-guru yang bertugas di kawasan pedalaman dibalas dengan kebaikan.”

"Semoga dipermudahkan urusan cikgu dan dikurniakan ganjaran pahala yang berlipat ganda buat cikgu-cikgu.”

"Rahmatilah Ya ALLAH hamba-hambaMu yang berkorban jiwa dan raga dalam menabur bakti dan ilmu bermanfaat demi anak bangsa. Peliharalah kesihatan dan keselamatan serta murahkan rezeki mereka dan permudahkan segala urusan mereka.”