Enam tip penting buat anak autisme sebelum bersekolah

Iklan
Murid autisme perlu dilatih dengan pelbagai kemahiran bertujuan memudahkan tugasan guru dan pembantu guru di sekolah.

Ibu bapa dan penjaga disarankan mendidik anak-anak yang menghidap autisme dengan beberapa keupayaan asas sebelum menghantar mereka ke sekolah.

Ia bertujuan meringankan beban guru murid berkeperluan khas (MBK) ketika menjalani proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di sekolah masing-masing.

Iklan
Iklan

Memetik perkongsian Pensyarah Pendidikan Khas, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Hasnah Toran menerusi YouTube, terdapat enam kemahiran asas yang perlu dikuasai murid autisme sebelum mereka di hantar ke sekolah.

1) Kemahiran ke tandas

Iklan

Murid autisme yang dilatih berdikari ke bilik air akan memudahkan tugasan guru dan pembantu guru, terutama bagi mereka yang menduduki kelas pendidikan khas di sekolah kerajaan kerana bilangan guru yang terhad.

Jika ibu bapa tidak melatih anak mereka ke tandas, ia sudah tentu menimbulkan kebimbangan guru kerana perlu menemani mereka sedangkan guru sendiri tidak mempunyai masa cukup untuk melengkapkan silibus.

Iklan

2) Kemahiran tingkah laku

Ibu bapa perlu memastikan anak mereka tidak mempunyai tingkah laku negatif, agresif dan suka mengganggu.

Ini kerana, kelakuan tersebut menyukarkan guru-guru untuk mengajar murid autisme dalam bilik darjah.

Tambahan lagi, kelakuan ganas tersebut juga boleh menimbulkan pergaduhan sesama murid pendidikan khas.

3) Kemahiran patuh arahan

Sebelum anak autisme dihantar ke kelas pendidikan khas, ibu bapa perlu memastikan mereka dapat mengikuti arahan.

Kebiasaannya, kanak-kanak ini mudah mendengar kata ibu bapa yang lebih dekat dengan mereka.

Sekiranya amalan ini diterapkan dalam kalangan murid autisme, mereka dapat mengikut perintah guru pendidikan khas tanpa perlu diulang banyak kali.

4) Kemahiran fokus dan siapkan kerja

Kira-kira seminggu sebelum anak autisme ini bersekolah, ibu bapa boleh melatih mereka membina kemahiran menumpukan perhatian dan menyiapkan kerja dalam masa 15 minit.

Bagaimanapun, seandainya sasaran tersebut tidak tercapai boleh teruskan mencuba langkah itu berulang kali.

Walaupun mengambil masa yang agak lama untuk membina kemahiran ini, ibu bapa perlu bersabar demi memudahkan tugasan guru pendidikan khas nanti.

5) Kemahiran belajar dalam kumpulan kecil

Dalam kelas pendidikan khas, jumlah minimum murid adalah antara enam hingga 10 orang.

Semasa aktiviti berkumpulan kecil ini berlangsung, murid autisme yang mampu berdikari dapat bekerjasama sesama rakan yang lain.

Sekiranya mereka masih bergantung dan mengharapkan perhatian daripada guru pendidikan khas, ini menyukarkan proses pembelajaran.

6) Kemahiran asas berkomunikasi

Tidak dinafikan rata-rata murid istimewa ini mempunyai kesukaran bertutur seperti rakan sempurna yang lain.

Sekurang-kurangnya ibu bapa boleh melatih murid autisme ini untuk memberitahu guru mengenai keperluan yang perlu dipenuhi.

Ibu bapa boleh menyediakan kad bergambar sebagai alternatif kepada mereka jika anak autisme tidak mampu bertutur dengan baik.

Semoga bermanfaat!