Tujuh teknik elak jadi mangsa buli

Iklan
Memiliki seni mempertahankan diri sangat penting bagi mengelakkan diri daripada dibuli atau berada dalam situasi mengancam nyawa.

Seni mempertahankan diri adalah bentuk gerak badan secara fizikal yang digunakan bagi melindungi diri daripada musuh tanpa senjata.

Antara seni bela diri sering diperkatakan ramai adalah silat, taekwondo, wusyu, tomoi atau muay thai, karate dan banyak lagi.

Iklan
Iklan

Memiliki seni mempertahankan diri sangat penting buat pelajar mengelakkan diri daripada dibuli atau berada dalam situasi mengancam nyawa.

Namun, bagi yang tiada kemahiran bela diri, ia pasti mendatangkan masalah kepada individu jika berhadapan kejadian tertentu.

Iklan

Di sini, Sinar Bestari kongsikan tujuh teknik penting mempertahankan diri untuk para pelajar amalkan.

1) Meletakkan jari ke belakang pada sendi akan menyebabkan kesakitan yang kuat sekali gus menjadikannya lebih mudah untuk melepaskan diri daripada cengkaman penyerang.

Iklan

2) Jika penyerang cuba menangkap leher anda, gunakan jari telunjuk dan jari tengah untuk menikamnya.

3) Pegang rambut penyerang itu, tarik kepalanya ke bawah dan halakan lutut anda sekuat mungkin ke mukanya.

4) Gigit mana-mana bahagian badan yang dekat dengan muka pelajar. Ini akan berkesan walaupun tangan terikat.

5) Tendangan hentak secara tiba-tiba akan menyebabkan kesakitan kuat pada penyerang dan akan membolehkan individu melepaskan diri daripada cengkamannya.

6) Jika anda dicengkam dari belakang, selain menggunakan tendangan hentakan, kalian boleh memukul penyerang dengan siku atau mencubitnya.

7) Tendangan ke pangkal paha atau kemaluan adalah salah satu cara paling berkesan untuk melawan penyerang.

Akhir sekali, cuba elakkan daripada berlakunya konfontrasi (persemukaan antara dua orang) kerana pencegahan adalah pertahanan terbaik.