Tragedi penuntut maut terjatuh dari tingkat 34 buat ramai sebak!

Iklan
Lokasi kejadian penuntut lelaki yang maut terjatuh dari tingkat 34 sebuah kondominium malam tadi.Foto Ihsan Polis.

Malam tadi, kita dikejutkan dengan berita kematian seorang penuntut universiti yang dipercayai terjatuh dari tingkat 34 sebuah kondominium di Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Di fahamkan, allahyarham yang dikenali sebagai Adly Zarkasyi Alzafry mahu mengambil pakaiannya di balkoni sebelum terjatuh.

Iklan
Iklan

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, polis menerima laporan kejadian 8.17 malam, pada Selasa.

Katanya, mayat remaja itu ditemukan di tingkat bawah bangunan setinggi 39 tingkat berkenaan.

Iklan

"Hasil soal siasat dua saksi kejadian mendakwa remaja terbabit ingin mengambil sehelai baju-T yang terjatuh di kaki lima balkoni.

"Dia dikatakan bertindak memanjat sebuah meja dan kemudian memanjat pagar balkoni. Mangsa hilang keseimbangan dan terjatuh ke bawah,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Noor Dellhan berkata, mayatnya dibawa ke Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan kini siasatan lanjut sedang dijalankan.

Sementara itu, Sinar Bestari meninjau ke ruangan komen di Facebook mengenai tragedi yang menyayat hati ini.

Rata-rata warga maya merakamkan ucapan takziah atas berita kematian penuntut Program Diploma Teknologi Semester Dua itu.

"Semoga rohnya dicucuri rahmat ALLAH SWT dan ditempatkan bersama dengan orang- orang yang beriman dan beramal soleh.”

"Innalillahiwainnailaihirojiun.”

"Al-Fatihah. Takziah En Jef semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amiinn.”

"Ya ALLAH Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, insya-ALLAH, Aamiin.”

"Daripada ALLAH kita datang kepada ALLAH kita kembali. Didoakan mudah-mudahan allahyarham diampunkan dirahmati dikasihi dan ditempatkan bersama para solihin, amiin. Al-Fatihah.”