Harapan para guru sempena tahun baharu

Iklan
"Tahun silih berganti. Matlamat seorang guru tetap terarah kepada kemenjadian murid dalam semua bidang. Sebagai Guru Pemulihan Khas, harapan terbesar saya dalam pendidikan tahun baharu ini untuk melihat sebilangan besar ibu bapa yang mempunyai anak-anak belum menguasai membaca, menulis dan mengira (3M) memiliki ilmu pedagogi yang betul serta bertepatan bagi membantu melaksanakan tanggungjawab mengajar mereka di rumah.”- Guru Pemulihan Khas, Sekolah Kebangsaan (SK) Tenglu, Mersing, Cikgu Roslee Abdul @ Mohd

Cikgu Roslee
Iklan
Iklan


"Selama saya berada dalam bidang pendidikan hampir 20 tahun, besar harapan agar ia terus menggarap kegemilangan dalam melahirkan generasi anak didik yang berketrampilan, berdaya saing, kreatif dan mampu memimpin agama, bangsa serta negara di persada dunia. Bukan sahaja dalam bidang kurikulum, malah sahsiah serta kokurikulum. Ini dapat direalisasikan dengan langkah intervensi dan penambahbaikan beberapa isu di peringkat sekolah khususnya bagi menterjemah maksud 'Anak Yang Baik Lagi Cerdik' yang dibawa oleh KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia).” - Penolong Kanan Kokurikulum, SK Abdul Samat, Kapar, Klang, Cikgu Azrina Hadzman

Cikgu Azrina
Iklan
Iklan


"Sebagai guru yang berkhidmat dengan KPM mencecah 22 tahun, saya melihat perubahan dan perkembangan dalam iklim pendidikan di Malaysia penuh cabaran buat pendidik. Saya berharap agar sistem pendidikan ini dikaji untuk dibaiki ruang kelemahan dan dikekalkan apa juga pendekatan baik dan berimpak.” - Guru Bimbingan dan Kaunseling,

SMK Tunku Seri Indera Putera, Ayer Hitam, Cikgu Nor Hafizah Mahmud

Cikgu Nor Hafizah


"Menelusuri harapan buat warga pendidik dalam tahun 2024 ini, saya menyarankan agar mereka bersifat lebih progresif dalam mendidik. Sifat progresif ialah kecenderungan seseorang warga pendidik untuk menyesuaikan diri dengan perubahan, menggunakan teknologi dan menggalakkan kaedah dan inovasi baharu dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC) mereka.”- Guru Cemerlang SMKA Kedah, Cikgu Ismail Salleh

Cikgu Ismail


"Tahun 2023 sesungguhnya memberi banyak pengalaman dan pengajaran untuk terus belajar dan belajar bagi membaiki diri. Yang jatuh tidak semestinya akan terus rebah. Tanamkan azam baharu, teruskan usaha tanpa rasa jemu. Jangan pernah putus asa kera gagal sekali bukan bererti akan gagal selamanya. Tiada hasil yang datang bergolek. Usahalah demi satu kejayaan.”- Guru SK Kampung Chabang @ ChaPriS, Kemaman, Cikgu Sharidah Shahrom

Cikgu Sharidah


"Bersempena dengan tahun 2024 juga sebagai seorang guru yang masih baharu berkecimpung dalam dunia pendidikan, harapan saya khususnya untuk pendidikan alaf moden ini adalah sistem pendidikan dapat berubah ke arah yang lebih baik. Masih berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, murid-murid perlu menerima pendidikan yang baik bagi mewujudkan generasi minda kelas pertama.”- Cikgu Nur Zafirah Wajihah Zaidi

Cikgu Nur Zafirah


"Saya mengharapkan guru dapat mengajar dan mendidik murid-murid untuk bersedia untuk belajar pelbagai kemahiran dan common sense dalam kehidupan secara langsung dan tidak langsung. Ia kerana dunia yang penuh dengan kecanggihan teknologi yang menjangkau evolusi manusia ini menuntut kita untuk peka dengan keadaan sekeliling agar sesuai dengan garis masa kini, teknologi dan manusia.”- Cikgu Aiman Asyraff Abdul Manaf

Cikgu Aiman


"Sebagai tenaga pengajar di Sabah, saya berharap tahun 2024 ini akan membantu para guru mempertingkatkan penggunaan teknologi dalam pengajaran sekali gus kita memanfaatkannya bagi membantu anak-anak didik mencapai matlamat pembelajaran mereka. Mewakili guru di Sabah dan Sarawak, diharapkan juga KPM akan menambah lagi bilangan tenaga pengajar di dua negeri ini agar pelajar kita tidak tercicir dalam pelajaran mereka.”- Guru Akademik Tingkatan Enam (Pengajian Am), SMK Gadong, Beaufort, Muhamad Fared Zulkafli

Muhamad Fared