Rahsia skor A subjek Prinsip Akaun cara Cikgu Wawa, konsep faham bukan hafal

Iklan
Rahsia skor A subjek Prinsip Akaun cara Cikgu Wawa, konsep faham bukan hafal

Rahsia skor A subjek Prinsip Akaun cara Cikgu Wawa, konsep faham bukan hafal

Subjek Prinsip Akaun?

Susah sangat. Perlu belajar dengan banyak nombor. Stress jadinya.

Iklan
Iklan

Inilah mentaliti segelintir pelajar berkenaan mata pelajaran Prinsip Akaun.

Prinsip Akaun di sekolah merupakan proses pengukuran, pendedahan dan peruntukan kepastian maklumat bagi membantu pihak pengurusan sesebuah perniagaan membuat keputusan yang perlu diambil dalam perniagaan mereka terutamanya dari segi peruntukan sumber.

Iklan

Isi kandungan mata pelajaran Prinsip Akaun adalah melampaui bidang Simpan Kira yang lebih mengutamakan proses merekod urus niaga berdasarkan prosedur debit dan kredit.

Melalui Prinsip Akaun, pelajar didedahkan kepada konsep, prinsip dan kaedah perakaunan yang diperkukuhkan dengan kemahiran merekodkan, mengklasifikasikan, mentafsir, menganalisis dan mengungkap data kewangan berdasarkan urus niaga atau peristiwa perniagaan.

Iklan

Sebenarnya, sikap sebahagian pelajar yang menganggap mata pelajaran Prinsip Akaun itu susah disebabkan mereka telah salah menggunakan teknik belajar Perakaunan iaitu teknik ‘hafal’.

Pelajar sepatutnya menggunakan teknik ‘faham konsep’ untuk memahami subjek Prinsip Akaun dengan mudah.

Bagi Maizura Moeen atau lebih dikenali sebagai Cikgu Wawa, subjek Prinsip Akaun bukanlah sukar seperti yang diperkatakan ramai.

"Pertama sekali, pelajar perlu faham definisi Prinsip Akaun.

"Kemudian, fahamkan tentang tujuan laporan disediakan, fahamkan komponen-komponen akaun yang terlibat dan kuasai proses debit dan kredit," katanya yang merupakan bekas akauntan selama tujuh tahun dan seorang guru yang berpengalaman luas dalam menyediakan laporan kewangan.

Cikgu Wawa berkata, selepas memahami semua aspek yang disebutkan, pelajar akan melihat bahawa Prinsip Akaun adalah subjek yang sangat mudah.

"Pelajar sebenarnya nak nampak mudah dan senang ketika belajar. Bila semua ini ada, barulah mereka seronok untuk mengikuti pembelajaran," katanya yang kini merupakan pengasas Pusat Tuisyen Bright Minds Academy.

Artikel menarik

Risau anak jadi 'introverttarget="_blank"'>