Tudung pelajar sekolah bawa maksud tertentu, ibu bapa perlu tahu

Iklan
image
Di sekolah, warna tudung melambangkan jawatan yang disandang oleh anak-anak dan ia turut melambangkan jenis unit beruniform yang disertai mereka.Berikut merupakan jenis-jenis warna tudung sekolah dan fungsinya secara umum.1- Tudung sekolah putih nilaWarna putih nila merupakan warna utama bagi semua pelajar biasa di sekolah. [caption id="attachment_35473" width="608"] Kredit foto: Teeha[/caption]Anak-anak biasanya memadankan tudung ini dengan kain berwarna biru gelap atau hitam bagi yang bersekolah rendah dan kain biru muda bagi mereka yang bersekolah menengah.Baca jugaIbu bapa wajib kenali 3 jenis tudung dan 3 fabrik sesuai ketika membuat persiapan sekolahHati sebak lihat pelajar terima dua helai tudung sekolah baru. Tak sangka ini kata cikgu…2- Tudung sekolah putih mutiaraWarna ini adalah salah satu warna putih yang dibenarkan oleh pihak sekolah untuk dipakai bagi semua pelajar biasa di sekolah.Ia juga turut dipadankan dengan kain berwarna biru gelap atau hitam bagi anak-anak yang bersekolah rendah dan kain biru muda bagi anak-anak yang bersekolah menengah.3- Tudung sekolah biru mudaKebiasaannya, warna biru muda dikhususkan untuk pengawas sekolah sahaja dan dipadankan dengan baju berwarna biru muda juga dan kain berwarna biru gelap atau hitam.Ia merupakan jenis warna standard yang dipakai oleh hampir semua pelajar sekolah yang ada di Malaysia bagi anak-anak yang menyandang jawatan pengawas sekolah.4- Tudung sekolah hitamPada sesi subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, anak-anak akan memakai tudung berwarna hitam dan juga sewaktu aktiviti kokurikulum dijalankan.Ia merupakan tindakan bijak kerana jika dibiarkan anak-anak memakai tudung putih sewaktu kedua-dua sesi ini, maka, kesan kotor lebih mudah kelihatan dan ibu khususnya mengalami kesukaran untuk membasuh tudung tersebut.5- Tudung sekolah kuning mudaDi sekolah, wujud berbagai jenis jawatan dan antaranya ada pengawas perpustakaan. Bagi pengawas perpustakaan, warna kuning muda adalah warna standard mereka.6- Tudung hijau gelapWarna ini adalah warna tudung sekolah yang dikhususkan untuk anak-anak yang menyertai Kadet Remaja Sekolah (KRS).Ia dipadankan dengan baju berlengan panjang KRS atau uniform KRS.7- Tudung sekolah merah jambuWarna merah jambu ini adalah warna yang telah dikhususkan untuk anak-anak yang menyertai unit beruniform Puteri Islam.Ia akan dipadankan dengan baju berwarna putih Puteri Islam atau uniform Puteri Islam.Sekian sahaja perkongsian kali ini berkenaan jenis-jenis tudung sekolah yang ada di Malaysia.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Seperti yang dimaklumkan pada awal perkongsian ini, ibu bapa perlu memberi perhatian terhadap pendapat dan cita rasa anak-anak supaya mereka selesa dan suka bertudung.Jika kehendak ini dipenuhi, maka, anak-anak anda akan menjadi lebih bermotivasi untuk hadir ke sekolah.Sumber: Teeha