451DC86F-F91C-4BF1-A6D2-12FCF0F93437
451DC86F-F91C-4BF1-A6D2-12FCF0F93437

Ibu bapa wajib kenali 3 jenis tudung dan 3 fabrik sesuai ketika membuat persiapan sekolah

Rasyidah Zulkifi
15 Feb 2022 02:39pm
A
A
A

Ibu bapa wajib mengenali tiga jenis tudung sekolah dan tiga fabrik yang sesuai untuk membuat persiapan sekolah anak-anak nanti.

Jika ibu bapa memahami perkara ini, mereka boleh membantu anak-anak memakai tudung selaras dengan peraturan sekolah.

Apabila anak-anak mematuhi etika pemakaian tudung sekolah yang betul, guru disiplin tidak akan mengenakan hukuman terhadap mereka.

Baca juga:

Hati sebak lihat pelajar terima dua helai tudung sekolah baru. Tak sangka ini kata cikgu…

‘Kamu pakai dah cantik, tapi lagi cantik kalau pakai tudung sekolah. Kenapa tak pakai?’

Pada entri kali ini, Sinar Bestari ingin mengajak pembaca untuk mengenali tiga jenis tudung dan tiga fabrik yang sesuai di sekolah Malaysia.

Mari kita fahami perkongsian yang dibuat oleh Teeha seperti di bawah;

***

Bagi kebanyakan ibu khususnya, ramai terlepas pandang dengan keselesaan anak-anak sewaktu memilih tudung sekolah buat mereka.

Selaku ibu, anda pastinya ingin mendidik anak-anak dengan penampilan bertudung sejak mereka kecil lagi bagi memenuhi kewajiban agama Islam.

Namun, dalam tidak sedar, sikap anda mungkin menjadi salah satu punca yang menyebabkan mereka degil dan enggan bertudung.

Apakah jenis-jenis tudung sekolah yang sesuai dengan anak anda?

  1. Tudung sekolah jenis sarung awning keras

Tudung jenis ini sangat sesuai buat anak yang baru sahaja mencuba untuk bertudung kerana mereka tidak perlu risau awning akan berkedut atau tidak menjadi.

Kredit foto: Teeha

Ini kerana ada anak-anak yang mementingkan kekemasan tudung, jadi, mereka tidak akan cerewet jika memakai tudung jenis ini.

Lagi-lagi kalau anak tersebut pergi ke sekolah menunggang motosikal, helmet akan menyebabkan tudung sekolah mereka mudah berkedut.

Dengan memakai tudung sarung awning keras sedikit sebanyak mampu mengelakkan mereka daripada berasa rimas dan tidak selesa.

  1. Tudung sekolah jenis sarung awning lembut

Tudung jenis awning lembut biasanya mudah dibasuh menggunakan mesin dan menjadi pilihan para ibu kerana mereka tidak perlu menggosok pada bahagian awning secara terperinci. 

Si ibu tidak akan bimbang awning patah dan sebagainya, manakala, anak akan berasa selesa memakai tudung jenis ini kerana ia senang dibentuk mengikut muka anak anda. 

Pilihan tudung jenis ini sesuai jika anak anda baru bermula untuk memakai tudung.  

  1. Tudung sekolah jenis lipat dua

Tudung sekolah jenis ini pula merupakan tudung yang mempunyai dua lapis dan tidak sesuai untuk anak-anak yang masih tidak berapa pandai untuk membetulkan tudung sendiri.

Ini kerana tudung sekolah dua lapis memerlukan ketelitian dan juga tahap kesabaran yang agak tinggi. 

Jika ibu bapa mempunyai anak yang lasak, pemilihan tudung ini tidak sesuai kerana ia mudah senget. Perkara sebegini agak kerap berlaku kepada anak-anak yang masih bersekolah rendah.

Fabrik tudung sekolah

  1. Lycra

Lycra merupakan jenis fabrik yang menjadi pilihan si ibu dan juga si anak kerana ia diperbuat dari kain yang berat dan mudah terletak sekali gus menjadikannya senang mengikut bentuk muka.

 

Tudung sekolah kain lycra bukan sahaja cantik, malah, ia sangat sesuai dengan anak-anak yang mudah berasa tidak selesa dengan tudung. 

Selain itu, kain jenis ini juga memberikan rasa sejuk buat anak anda kerana anak-anak kebiasaannya akan memberikan alasan panas apabila bertudung. Jadi, tudung jenis lycra mampu menjadi solusi kepada masalah ini. Cubalah.

  1. Koshibo

Fabrik koshibo mungkin kedengaran agak asing namun anda sendiri mungkin tidak sedar yang anda sedang memakainya. Ia merupakan sejenis kain yang dihasilkan dengan teknik tenunan dan termasuk dalam kategori kain ringan ke sederhana berat.

Fabrik ini juga mempunyai ciri berkilau, jadi, para ibu perlu mendapatkan maklum balas anak-anak anda terlebih dahulu sebelum membeli tudung jenis ini untuk mereka.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

  1. Scuba

Bagi tudung sekolah yang menggunakan fabrik scuba, awning tudung tersebut terletak lebih baik berbanding dengan fabrik lain.

Ia juga tidak mudah lembik apabila digosok pada suhu yang tinggi kerana cirinya yang tidak bergetah. 

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan