Hati sebak lihat pelajar terima dua helai tudung sekolah baru. Tak sangka ini kata cikgu...
Hati sebak lihat pelajar terima dua helai tudung sekolah baru. Tak sangka ini kata cikgu...

Hati sebak lihat pelajar terima dua helai tudung sekolah baru. Tak sangka ini kata cikgu...

Roshlawaty Md Raieh
15 Apr 2021 06:30am
A
A
A

Perkongsian GPS Bestari mengenai pelajar yang memakai tudung bawal ke sekolah semalam, akhirnya membawa khabar gembira apabila pelajar tersebut menerima dua helai tudung sekolah yang baru.

Cikgu Mohd Farazi Ab Razak ketika dihubungi berkata, tudung tersebut dibeli menggunakan wang sumbangan daripada rakan-rakan facebooknya.

"Terima kasih pada para penderma saya, semoga Allah murahkan rezeki kalian, diberi kesihatan yang baik dan umur yang panjang," katanya.

Selain tudung sekolah, pelajar tersebut juga menerima koleksi buku-buku latihan untuk memudahkan dia mengikuti pembelajaran sama seperti murid yang lain.

"Saya belikan juga beberapa helai baju harian untuk dia. Insya-Allah, baju raya pun akan menyusul nanti," kata Ketua Guru Disiplin dari sebuah sekolah ini.

Terdahulu, tular kisah pelajar ini yang ditegur oleh guru apabila dia memakai tudung bawal ketika berada di sekolah.

“Kamu pakai tudung cantik dah sayang, cikgu suka, tapi tak sesuai, kena pakai tudung sekolah, kenapa tak pakai tudung sekolah?

“Makcik saya belum ada duit lagi cikgu, nanti bila dah ada, makcik akan beli”

Kisah tersebut mendapat perhatian warganet dan rata-ratanya mendoakan agar anak ini sentiasa dimurahkan rezeki dan menjadi pelajar yang cemerlang dalam apa jua bidang diceburi kelak.

 

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok