Masalah air di SMK Tasek Utara, KPM ambil tindakan segera

Iklan
WhatsApp Image 2022-02-20 at 4.27.35 PM

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah bekalan air yang tidak mencukupi di SMK Tasek Utara 2, Johor Bahru.

Iklan
Iklan

Masalah ini dikatakan telah memberi kesan terhadap warga sekolah, khususnya murid calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2021.

Iklan

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Md Jidin berkata, beliau telah meminta supaya perkara tersebut disemak dan diambil tindakan segera.

Iklan

Baca juga

Radzi bawa anak bongsu ambil vaksin, PICKids ternyata cepat dan teratur

Sekolah menengah tidak sesuai dijadikan pusat undi PRN Johor – KPM

"Difahamkan masalah bekalan air ini berlaku disebabkan terdapat kerosakan pam air selain kebocoran pada paip yang menyebabkan tekanan air ke tangki tidak kuat.

"Sehubungan itu, saya telah minta Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan secepat mungkin,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman rasmi Facebook miliknya semalam.

Radzi juga memaklumkan masalah ini akan diatasi segera untuk keselesaan warga SMK Tasek Utara 2, termasuk murid SPM 2021 yang bakal menduduki peperiksaan mulai 2 Mac ini.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Sebelum itu, tular di laman Facebook apabila terdapat satu hantaran yang memohon agar pihak berkuasa agar membantu mengatasi masalah bekalan air yang dialami oleh SMK Tasek Utara 2.

Menurut hantaran tersebut, sepatutnya ada dua pam air bagi menampung keperluan lebih 1,000 warga pendidikan di sekolah itu. Namun, hanya satu pam sahaja yang dapat berfungsi dengan baik.

"Sudah dua tahun berturut masalah ini berlaku, pada tahun 2021 dan 2022. Setiap kali peperiksaan SPM, SMK Tasek Utara 2 pasti akan mengalami masalah bekalan air,” katanya.