Kenali 26 peralatan yang sering digunakan penenun

Iklan
Kenali 26 peralatan yang sering digunakan penenun

Menenun kain bukanlah satu pekerjaan yang boleh dilakukan oleh semua orang.

Ini kerana, kain tenun yang terhasil perlu datang daripada individu yang berkemahiran, kreatif dan penuh kesabaran agar tenunan tersebut mempunyai nilai estetika tinggi dan menepati cita rasa pengguna.

Iklan
Iklan

Dalam menyiapkan sepersalinan kain tenun, penenun perlu menggunakan alatan yang telah disediakan khas.

Sehubungan itu, Sinar Bestari kongsikan peralatan menenun yang sering digunakan oleh penenun.

Iklan

1) Anak kayu

Kegunaannya sebagai pemisah kepada benang yang digulung pada papan gulung di antara satu lapisan dengan lapisan yang lain.

Iklan

2) Belebas

Dikenali sebagal belira untuk menyekat persilangan X pada benang loseng supaya tidak bercampur atau kusut.

3) Gerup Belebas

Tempat dipasang sisir (pada perkakas tenun).

4) Gigi Jentera

Untuk merapatkan ‘daging’ kain.

5) Irek-irek

Tempat pemijak kaki.

6) Karap

Dibuat daripada benang buku nombor 8

7) Kayu dan Tali Perengang

Sejenis kayu dan tali yang digunakan dalam tenunan

8) Kayu Pasak

Ia digunakan untuk menggulung kain yang telah siap ditenun sebelum dipotong kepada helaian yang ditentukan.

9) Kayu Sumbi

Kayu kecil sebesar ibu jari dan panjangnya lebih kurang 1.22 m / l.52 m (4 hingga 5 kaki), bergantung kepada lebarnya kain yang hendak ditenun. Pada kedua-dua hujungnya diletakkan jarum yang membengkok ke dalam supaya ketegangan kain dapat dikawal.

10) Ketapak

Tempat meletakkan daun ruwing atau pemegang daun ruwing.

        Baca juga Cara menarik minat pelajar dalami seni tenunan, Cikgu Nadia kongsi 5 kaedah mudah!"Jauh lagi ke Kudat bang? Lagi 70 kilometer?" – Cikgu Khairul Azman ke Sabah demi tabur bakti!11) Lidi-lidi BuluhDiperbuat daripada buluh yang diraut sebesar lidi kelapa. Ia menjadi pembahagi kepada lapisan benang loseng yang digulung pada papan. Selain itu, lidi-lidi buluh ini digunakan sebagai pemisah di antara sehelai kain yang telah siap ditenun dan apabila hendak memulakan proses menenun yang baru.12) LosengKayu penggulung benang yang dikenali sebagal 'pakal sutera'13) Papan DudukTempat duduk penenun semasa melakukan proses menenun.14) Papan GulungMenggulung benang yang telah di 'anitarget="_blank"'>21) RahatAlat ini digunakan semasa menggulung benang dari daun ruwing kepada peleting.22) RuwingTempat meletakkan benang asal yang bergulung besar sebelum digulung kepada peleting.23) SesikatDiperbuat daripada besi nipis atau pelepah kabung yang disusun rapat seperti sikat. Fungsinya merapatkan dan mengemaskan jalinan benang apabila dilancarkan. Ia juga dikenali sebagai gigi jentera.24) Tiang PasongKayu pemegang papan gulung.25) Torak buluhUntuk melancarkan benang ke dalam loseng supaya proses torak kayu menenun dapat dipercepatkan.26) Kayu kek (kiak)Kek atau kiak adalah mekanisma terpenting dalam proses menenun sutera. Setakat ini terdapat hanya dua jenis kek yang digunakan oleh para penenun iaitu:1) Kek SiamUkurannya agak besar dan lebih tinggi berbanding dengan kek biasa2) Kek biasaKek yang lebih kecil dan rendah. Para penenun songket lebih menggemari kek biasa ini kerana penggunaannya lebih praktikal. Bagaimanapun kedua-dua jenis kayu kek ini masih digunakan oleh para penenun di Pulau Keladi, Pekan.Sumber: pancapersada.blogspot.com