Nama Pusat PERMATA@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sekali lagi menjadi tumpuan apabila lima pelajar cemerlangnya dinobat penerima Anugerah Khas sempena Majlis Graduasi ke-14 Kolej PERMATA@Pintar Negara, UKM baru-baru ini.
Institusi pendidikan elit yang juga dikenali sebagai Kolej PERMATA@Pintar Negara, UKM sememangnya terkenal sebagai pusat melahirkan pelajar pintar dan berbakat luar biasa dalam bidang akademik, kepimpinan serta sahsiah diri.
Majlis yang penuh bermakna itu diadakan bagi menghargai usaha, disiplin dan kegigihan pelajar sepanjang menempuh pengajian di kolej berprestij berkenaan.
Barisan pelajar yang berjaya mengharumkan nama Kolej PERMATA@Pintar Negara kali ini ialah:
1) Anugerah Tertinggi: Savitthran Muthuramu
2) Anugerah Akademik: Lew Jia Jin
3) Anugerah Kepimpinan: Farish Danish Zamri
4) Anugerah Kokurikulum: Khaira Adriana Nor Azizi
5) Anugerah Sahsiah Terpuji: Auni Nazrulfazri
Sinar Bestari merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima Anugerah Khas atas kejayaan luar biasa ini.
Semoga kejayaan mereka menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus gigih mengejar impian dan melakar kecemerlangan pada masa hadapan.