Komunikasi yang baik akan mewujudkan satu hubungan yang mesra dan akrab antara satu sama lain.
Begitu halnya komunikasi seorang guru dengan warga sekolah. Ada adab-adab tertentu yang perlu diberi perhatian supaya komunikasi berjalan dengan lancar.
Cikgu RoSe menerusi laman Facebooknya ada berkongsi tentang adab seorang pendidik ketika berkomunikasi.
Menurut posting tersebut, ada 12 adab yang perlu dipraktikkan iaitu:
1) Menggunakan perkataan yang membawa kebaikan.
2) Bercakap dengan jelas dan mudah difahami oleh orang ramai.
3) Sentiasa merendah diri dan menjauhi sikap berdolak dalih.
4) Kurangkan bercakap perkara-perkara yang tidak bermanfaat.
5) Bercakap benar dan hindari daripada bercakap bohong.
6) Mengulangi kata-kata yang penting jika perlu.
7) Menjauhi perdebatan sengit.
8) Menjauhi kata-kata keji, mencela dan melaknat.
9) Hindari daripada mengumpat dan mengadu domba.
10) Jangan menghina atau mengaibkan orang lain.
11) Sentiasa memberi kata-kata semangat dan motivasi kepada semua orang.
12) Sentiasa mengucapkan insya-ALLAH terhadap sesuatu rancangan atau sesuatu yang belum pasti.
Sebagai pendidik, anda juga seharusnya memberi contoh dan teladan yang terbaik apabila berkomunikasi kerana kita sentiasa diperhatikan malah ada antaranya menjadi ikon kepada masyarakat.
Semoga bermanfaat untuk semua guru-guru di Malaysia.
Artikel berkaitan
Panduan menghasilkan minit mesyuarat yang tepat dan lengkap
5 tip pemakaian guru yang sesuai dipakai ke sekolah
Jurulatih Lili Murnni kongsi tip jadi atlet bola jaring berjaya