IDEAS lancar kempen digital Sekolah Kita, didik rakyat tentang cabaran dihadapi pelajar Orang Asli
Iklan
KUALA LUMPUR - Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) telah melancarkan kempen digital Sekolah Kita dalam usaha mendidik rakyat Malaysia tentang cabaran yang dihadapi oleh para pelajar Orang Asli.Kempen Sekolah Kita yang boleh dilayari melalui laman sesawang sekolahkita.my merupakan pembelajaran interaktif yang mengandungi lima bab di mana setiap bab adalah kisah pendek berdasarkan gambaran pelajar Orang Asli tentang sekolah impian mereka.Baca jugaMahasiswa UPM anjur kempen infaq untuk anak-anak istimewa dan autismeMahasiswa UPM anjur e-kempen mencari Ulul Quran anak-anak istimewa dan autisme 1.0Di samping menyampaikan aspirasi pelajar berkenaan, kisah-kisah ini juga menceritakan tentang cabaran semasa yang mereka hadapi.Satu permainan bercirikan pencarian harta karun turut dibina dalam laman sesawang ini dan para pelawat boleh menemui pelbagai pakar untuk mendapatkan saranan supaya pendidikan komuniti Orang Asli lebih mudah tercapai.Setelah menemui kesemua 12 saranan tersembunyi itu, satu ganjaran akan diberikan. Permainan ini merupakan satu penciptaan bilik darjah yang interaktif dengan para pelawat boleh berkongsi bilik darjah impian mereka.Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, Tricia Yeoh berkata, capaian pendidikan untuk kanak-kanak Orang Asli adalah satu isu yang berpanjangan."Kami memilih pendekatan inovatif ini menggunakan peralatan interaktif dengan harapan dapat mencetuskan perbualan baharu dan mungkin menjumpai pendekatan-pendekatan yang segar untuk menyelesaikan masalah ini," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, baru-baru ini.Terdahulu, IDEAS telah menerbitkan satu kertas kajian yang menganalisis cabaran yang dihadapi oleh pelajar Orang Asli.Salah satu hasil dapatan utama kertas kajian tersebut adalah kepentingan untuk bergerak menjauhi ‘wacana defisit’ yang sedang berlaku, di mana kehidupan Orang Asli dilihat sebagai punca kepada prestasi akademik atau kehadiran ke sekolah yang teruk.