WhatsApp Image 2021-11-15 at 1.24.27 PM
WhatsApp Image 2021-11-15 at 1.24.27 PM

Mahasiswa UPM anjur kempen infaq untuk anak-anak istimewa dan autisme

Roshlawaty Md Raieh
03 Jan 2022 04:49pm
A
A
A

SERDANG – Mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) di bawah kursus Pembangunan Kesukarelawanan Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar telah melancarkan kempen infaq bagi tujuan penubuhan Pusat Tahfiz Anak-Anak Istimewa dan Autisme, baru-baru ini.

Dengan pelancaran itu, syarikat Halo Telco telah berkongsi rezeki dengan menyumbang sebanyak RM11,250 kepada pusat tahfiz berkenaan.

Pegawai Penyelaras Unit Perkhidmatan Sokongan dan Perkhidmatan OKU, UPM, Dr Wan Ardinawati Wan Abdullah berkata, program infaq berkenaan merupakan suatu usaha yang baik dalam membantu lebih ramai anak-anak istimewa dan autisme mendalami ilmu akademik secara berstruktur sekali gus berpeluang mendapat pendidikan formal yang sama rata seperti kanak-kanak normal yang lain.

“Terima kasih kepada semua yang menginfak. Semoga ALLAH membalas segala kebaikan anda,” katanya ketika merasmikan program pelancaran kempen tersebut.

Terdahulu, kempen infaq yang bertemakan ‘Anak Istimewa dan Autisme: Di sini Lahirnya Ulul Quran’ merupakan jalinan kerjasama strategik bersama Pertubuhan Kebajikan dan Penjagaan Nur Hidayah.

Ia menyediakan pelbagai pengisian menarik sepanjang pelancaran program berlangsung.

Antara aktiviti yang diadakan ialah pencarian peserta E-Tilawah serta pelaksanaan E-Forum yang bertajuk, ‘Pengalaman Pertamaku, Kerana Dia Aku Mengenal Tuhan’.

E-Forum tersebut telah mengupas secara mendalam oleh tiga panel yang berpengalaman mengikut bidang kepakaran masing-masing.

Mereka adalah Juru Perunding IHES, Jabatan Agama Islam Selangor, Profesor Dr Hasni Mohammed, Pengarah Perubatan dan Pakar Kanak-Kanak Hospital UCSI, Profesor Dr Amaluddin Ahmad dan Pengasas Pertubuhan Kebajikan dan Penjagaan Nur Hidayah, Roslailawati Mohamad.

Baca juga “Buat yang sedang diuji, yakinlah bahawa ALLAH sedang mengangkat darjat kalian di sisi-Nya” – Cikgu Normujaidah

Baca juga “Kita tidak boleh mengajar tanpa panduan” – Guru kongsi penggunaan dokumen DSKP, RPT bagi proses PdP

Kupasan memfokuskan kesedaran dan pendedahan kepada ahli masyarakat tentang fitrah anak-anak istimewa dan autisme itu sendiri.

Selain itu ia turut merangkumi aspek perubatan, peluang pembangunan dari sudut pendidikan, sokongan sosial dan pengurusan kebajikan terutamanya bagi anak-anak istimewa yang merupakan anak yatim atau berasal daripada keluarga asnaf.

Sementara itu, Dr Hasni berkata, penubuhan Pusat Tahfiz Anak-Anak Istimewa dan Autisme berkenaan dapat memberi peluang kepada masyarakat untuk lebih menyeluruh dalam menyokong anak-anak istimewa dan autisme memiliki kemahiran yang kompeten di dalam pelbagai bidang yang mereka ceburi, sama seperti kanak-kanak lain.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Dalam pada itu, Dr Amaluddin Ahmad pula berpendapat, sokongan ibu bapa dan ahli masyarakat merupakan asas utama dan amat penting dalam membantu rawatan, pembangunan dan perkembangan pembelajaran anak-anak istimewa ini.

Bagi Roslailawati pula, secara keseluruhannya, program itu dilihat mampu memberi impak dan menyokong sistem pendidikan negara.

“Ia juga membantu kerajaan dalam menyediakan sistem pembangunan pendidikan anak-anak istimewa dan autisme di negara ini yang dilihat semakin mencabar kerana faktor masyarakat tidak cakna serta memandang enteng terhadap keupayaan anak-anak ini untuk berkembang dan berjaya seperti orang lain,” katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok