Tarik minat murid dengan aplikasi Geoboard, cg KAI kongsi idea yang ramai tidak tahu
Terdapat pelbagai teknik yang boleh guru-guru guna dalam menarik minat murid meminati subjek Matematik.
Antara yang boleh diketengahkan adalah dengan penggunaan aplikasi Geoboard.
Guru Matematik Sekolah Kebangsaan Kerupang, WP Labuan, Cikgu Khairul Azlan Inshah berkata, ekplorasi Geoboard dapat menjana pemikiran murid menjadi lebih kreatif dan menyukai mata pelajaran Matematik.
"Geoboard adalah papan yang yang mempunyai paku yang disusun dengan teratur. Terdapat pelbagai jenis susunan yang biasa dilihat antaranya adalah susunan segi empat sama dan segi tiga."Pengunaan getah amat sinonim digunakan bersama dengan bahan bantu mengajar Geoboard,” katanya yang lebih dikenali sebagai cg KAI.
Jika dahulu, menurut cg KAI, Geoboard dibina pada papan nipis, kini papan Geoboard boleh didapati dalam bentuk digital.
"Perkembangan ini adalah sangat menarik untuk dimanfaatkan bersama. Murid boleh mencuba untuk meneroka Geoboard ini dimana sahaja mereka berada, sama ada di rumah atau di sekolah.
"Pengunaan Geoboard ini dapat mengalakkan murid untuk meneroka dengan lebih mendalam.
"Sebagai contoh, murid Tahun 1 dapat membina bentuk 2 dimensi seperti segi empat sama, segi empat tepat dan segi tiga dan hasil daripada penerokaan ini semestinya dapat menarik murid untuk belajar dan suka pada subjek Matematik,” ujarnya kepada GPS Bestari.
Melalui perkongsian ini, cg KAI berkongsi beberapa idea penggunaan Geoboard secara digital.
1) Ekplorasi 2D
Membina bentuk asas 2D seperti segi empat, segi tiga dan bentuk-bentuk lain.
2) Ekplorasi 3D
Menggambar bentuk 3D seperti kubus, kuboid dan piramid.
3) Perimeter segi empat
Memahami perimeter segi empat dengan lebih jelas dengan menghitung panjang sisi.
4) Luas segi empat
Memahami luas segi empat dengan menghitung bilangan segi empat kecil di dalam bentuk segi empat besar.
5) Luas segi tiga
Memahami luas segi tiga adalah setengah luas segi empat.
6) Membentuk nombor digital
Mengekplorasi dan membina nombor digital.
7) Pecahan
Belajar melukis pecahan seperti suku dan setengah serta lain-lain lagi.
8) Koordinat
Belajar membaca koordinat asas.
9) Nisbah
Mempelajari nisbah dengan lebih jelas.
10) Ekplorasi Tangram
Ekplorasi tangram dengan mencari luas setiap bentuk.
11) Membentuk huruf digital
Mengekplorasi dan membina huruf digital.
12) Melukis gambar
Melukis bentuk-bentuk dengan lebih kreatif.
13) Melukis corak
Membina corak dengan lebih kreatif.
14) Membina graf garis dan carta palang
Melukis graf garis mudah dan carta palang.
Selain daripada idea yang dikongsikan ini, Geoboard digital ini juga boleh digunakan untuk pengajaran putaran dan operasi tambah dan penolakan pecahan.
Pembelajaran secara ‘hand on’ ini mampu mencipta struktur pemikiran yang lebih kreatif.
"Akhir kata, cikgu mengharapkan perkongsian idea ini dapat memberikan manfaat kepada semua guru dan ibu bapa dalam menarik minat murid serta anak-anak dalam mempelajari Matematik,” ujarnya.
[MUAT TURUN] Idea Pengunaan Geoboard
https://drive.google.com/file/d/1FKNJ-7WKqXgN-ygCFlFL5LUM75cVvsU-/view?usp=sharing
Geoboard digital boleh diperolehi dengan melayari sesawang https://www.mathlearningcenter.org/apps/geoboard
Artikel menarik
Guru, ibu bapa, pelajar hadapi tekanan, pensyarah kongsi jalan penyelesaian
Coretan kapur Cikgu Aiman buat ramai murid sebak, tak sangka ini yang beliau karangkan