Reka cipta merupakan bidang bercorak teknologi yang dapat diterjemahkan dalam bentuk penulisan.
Ia memerlukan pembacaan yang teliti dan minat yang mendalam bagi menghasilkan output yang berkualiti.
Itulah yang dilakukan oleh mantan guru besar Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Nanas, Johor, Ahmad Firdauz Abdullah Tahrin yang kini berkhidmat sebagai Ketua Program II di Pusat Genius Kurnia, Kuala Lumpur.
Baca juga
Kisah Adi Putra, ‘Kanak-kanak Genius’ jadi inspirasi
Malu bertutur dalam bahasa asing? Pensyarah dan pelajar Kolej Genius Insan ini kongsi cara atasinya!
"Saya dulu, dapat skor satu A saja Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi subjek Reka cipta.
"Melalui subjek ini saya belajar menulis kajian, membuat ‘literature review’ dan kesimpulan kepada apa yang dikaji.
"Dari sinilah timbul minat untuk saya menulis secara akademik,” katanya.
Menurutnya, mata pelajaran Reka cipta mendorong beliau untuk membuat kajian pasaran, produk dan perbandingan prototaip.
Semasa di bangku sekolah, walaupun dalam kesibukan bergelar pelajar, Firdauz berjaya menghasilkan model dalam tempoh satu bulan.
"Saya buat inovasi alat pengukur saiz kaki.
"Ubah saja ‘cutter’ jadi pengukur dan letak semua jenis saiz UK, US atas pengukur itu,” katanya.
Aplikasi ilmu dalam pelbagai bidang
Ketika mengajar di sekolah dahulu, Firdauz memaklumkan tidak pernah mengabaikan ilmu yang dipelajari semasa SPM, malah, memanfaatkannya lagi semasa bergelar guru.
"Saya gunakan pengetahuan yang ada ini untuk menganalisis data, membuat ‘headcount’ dan ‘Individual Education Plan’ serta menterjemahkan ia kembali ke dalam pelbagai program intervensi bagi membantu anak-anak di sekolah.
[caption id="attachment_36626" width="558"] Kini, mantan guru besar tersebut berkhidmat sebagai Ketua Program II di Pusat Genius Kurnia.[/caption]
"Saya juga dididik untuk berinteraksi dan berkomunikasi bagi menyampaikan idea dan produk akhir yang dihasilkan.
"Tanpa perlu rasa segan dan silu, dengan lancar, yakin dan bersemangat,” katanya.
Di tempat baharu juga begitu, beliau aplikasikan segala pengalaman di sekolah dulu bagi meningkatkan mutu perkhidmatan.
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok
"Biar bermanfaat kepada semua, bukan setakat wujud untuk mendabik dada tanpa memberi apa-apa kembali kepada masyarakat,” katanya.
Mantan guru besar itu menasihati murid-murid supaya menggunakan ruang dan peluang yang ada bagi berusaha sebaik mungkin dalam apa jua bidang yang diminati.