Ahmad Soleh sekali lagi raih Anugerah Top Of The World menerusi AL Fast Track 2025! Memang otak geliga

Iklan
Pencapaian dirangkul Ahmad Soleh bukan sahaja membanggakan keluarga, malah mengharumkan nama institusi di peringkat antarabangsa.

Masih ingatkah anda dengan nama Ahmad Soleh Muhaimi Saifuddin?

Pelajar kelahiran Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan, Pahang ini pernah menggemparkan negara apabila meraih Anugerah Top of the World dalam peperiksaan Cambridge International Examinations bagi kelayakan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE).

Iklan
Iklan

Ketika itu, Ahmad Soleh mencatat markah penuh dalam subjek Bahasa Inggeris dan Matematik IGCSE, satu pencapaian yang bukan sekadar cemerlang, malah luar biasa.

Dan kini, sekali lagi namanya terpahat di persada dunia.

Iklan

Menerusi perkongsian rasmi di Facebook Kolej MARA Seremban, Ahmad Soleh diumumkan sebagai Top Of The World in IGCSE English and Mathematics menerusi program A-Level (AL) Fast Track 2025.

Satu kejayaan yang membuktikan kecemerlangan beliau bukanlah kebetulan, sebaliknya hasil disiplin tinggi, fokus yang jelas dan usaha berterusan.

Iklan

Menurut kenyataan kolej berkenaan, pencapaian ini bukan sahaja membanggakan keluarga, malah mengharumkan nama institusi di peringkat antarabangsa.

Ucapan penghargaan turut dirakamkan kepada MRSM Kuantan atas didikan, bimbingan dan sokongan berterusan sehingga membentuk asas kecemerlangan yang kukuh.

Untuk info, program AL Fast Track ialah laluan pantas bagi pelajar cemerlang untuk menamatkan pengajian peringkat itu dalam tempoh lebih singkat berbanding laluan biasa.

Secara umumnya, AL mengambil masa kira-kira dua tahun. Namun melalui program Fast Track, tempoh itu dipendekkan kepada sekitar 12 hingga 15 bulan dengan struktur pembelajaran lebih intensif dan padat.

Program ini direka khas untuk pelajar berprestasi tinggi yang mampu mengikuti silibus secara lebih cepat dan bersedia menyambung pengajian ke universiti terkemuka dalam dan luar negara.