Pelajar SBPI Rawang khatam hafazan 30 juzuk al-Quran! 'Pengorbanan Husna akhirnya terbayar'

Iklan
Kejayaan Husna dicapai di bawah bimbingan dua guru halaqah, Ustazah Suria Adha dan Ustazah Farhana.

Berjaya khatam hafazan 30 juzuk al-Quran bukanlah pencapaian biasa. Ia memerlukan disiplin tinggi, fokus berterusan dan usaha tanpa jemu.

Baru-baru ini, pelajar Tingkatan Lima, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (SBPI) Rawang, Selangor, Husna Syarifuddin mencatat kejayaan luar biasa apabila menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran.

Iklan
Iklan

Kejayaan ini dicapai di bawah bimbingan dua guru halaqah, Ustazah Suria Adha dan Ustazah Farhana.

Menurut perkongsian rasmi sekolah, Husna memulakan hafazan pada 5 April 2022 dan khatam pada 24 Januari 2026.

Iklan

"Tahniah kepada Husna. Semoga anakanda terus istiqamah dalam murajaah hafazan dan mengamalkan ajaran al-Quran serta as-Sunnah," kongsi hantaran itu pada Sabtu.

Selain Husna, ramai pelajar Malaysia turut mencatat kejayaan mengagumkan dalam hafazan.

Iklan

Pelajar Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat, Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 2026, Ainin Saheela Anuar berjaya menamatkan hafazan dalam tujuh bulan sahaja dengan jumlah 10 kali khatam.

Sahabat sekolejnya, Muhammad Ariffin Ibrahim Ali turut berjaya menamatkan hafazan dalam 13 bulan dengan tujuh kali khatam.

Kejayaan mereka menonjolkan bahawa dengan tekad, disiplin dan doa, tidak ada apa yang mustahil.