"Senario konvokesyen sekali dalam seumur hidup," Presiden MMU
Iklan
CYBERJAYA - Seramai 3,584 graduan Universiti Multimedia (MMU) bagi sesi 2021 akan menjalani Istiadat Konvokesyen ke-22 pada 19 Mac ini.Mereka terdiri daripada 1,295 pemegang diploma, 2,143 ijazah sarjana muda, 108 sarjana dan 38 Doktor Falsafah (PhD).Baca jugaNorma baharu: UTeM edar jubah konvokesyen kepada graduan secara pandu laluUiTM tangguh Istiadat Konvokesyen Ke-93, jangka dilaksanakan pada Jun hingga Julai tahun iniSementara itu, Istiadat Konvokesyen ke-21 telah diadakan pada Sabtu lalu bagi meraikan seramai 2,839 graduan secara keseluruhan.Mereka terdiri daripada 610 penerima diploma, 2,083 ijazah sarjana muda, 104 sarjana dan 42 Doktor Falsafah (PhD).Graduan yang lulus adalah dari bidang Kejuruteraan, Pengkomputeran dan Informatik, Pengurusan dan Perniagaan, Undang-undang, Sains Hayat, Komunikasi Strategik, Multimedia Kreatif dan Seni Sinematik.Presiden MMU, Profesor Datuk Dr Mazliham Mohd Su’ud, menyifatkan majlis graduasi tersebut sebagai dua acara mercu tanda yang unik.[caption id="attachment_36689" width="951"] Presiden MMU teruja dengan idea Istiadat Konvokesyen yang dilaksanakan.[/caption]"Ini adalah senario sekali dalam seumur hidup, dan saya menganggapnya sebagai upacara istimewa."Pandemik melambatkan istiadat asal, namun kami sangat gembira kerana akhirnya dapat memberikan graduan kami majlis yang sepatutnya," katanya.Difahamkan, Istiadat Konvokesyen ke-21 dan ke-22 untuk kelas 2020 dan 2021 dilaksanakan selama dua minggu berturut-turut bagi meraikan jumlah keseluruhan 6,423 graduan.Gabungan kedua-dua acara eksklusif itu dijalankan bagi mengelakkan sebarang penangguhan lagi akibat pandemik Covid-19 walaupun biasanya mana-mana universiti hanya melaksanakan satu majlis graduasi setiap tahun.