WhatsApp Image 2021-12-08 at 2.50.04 PM
WhatsApp Image 2021-12-08 at 2.50.04 PM

Norma baharu: UTeM edar jubah konvokesyen kepada graduan secara pandu lalu

webadmin
08 Dec 2021 03:06pm
A
A
A

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mengambil inisiatif melaksanakan proses pengedaran jubah kepada graduan secara pandu lalu sempena Majlis Konvokesyen ke 16 UTeM.

Jubah-jubah tersebut akan dipakai oleh kumpulan graduan bagi Majlis Konvokesyen ke 16 UTeM yang akan diadakan pada 9 hingga 12 Disember ini melibatkan sebanyak lapan sesi.

Ketua Pegawai Operasi (COO) UTeM, Masdzarif Mahat, berkata kaedah ini bertujuan mengurangkan kesesakan fizikal di dalam dewan semasa proses pengambilan jubah seperti amalan sebelum ini.

Jelasnya, kaedah ini adalah selari dengan amalan norma baharu yang mana dapat mengurangkan kontak secara fizikal sesama graduan sewaktu pengambilan jubah bagi tujuan persiapan mereka.

Katanya, kaedah baharu ini sememangnya memberikan kemudahan kepada kumpulan graduan, dapat menjimatkan banyak masa di samping meningkatkan keberkesanan operasi UTeM kerana ianya mengambil masa selama dua minit sahaja edaran bagi setiap graduan.

Baca juga Profesor Dr Zafir Khan Mohamed Makhbul dinobatkan Tokoh Akademik Bahasa Melayu

Baca juga Cikgu Mohd Azif antara guru Sains Terbaik Asia Tenggara…beliau memang layak!

Perincian proses kaedah ini, Penolong Pendaftar Kanan, Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) UTeM, Sahhizam Maamin berkata, peringkat permulaannya, graduan perlu membuat permohonan jubah secara dalam talian dan perlu menyelesaikan sebarang tunggakan bayaran yuran semasa pengajian.

Katanya, graduan dikehendaki memilih saiz jubah di dalam sistem yang dibangunkan dan seterusnya mencetak slip permohonan tersebut seterusnya menyerahkan slip permohonan jubah kepada petugas semasa proses pengambilan jubah.

“Kumpulan graduan tidak perlu turun dari kenderaan masing-masing kerana petugas akan menyerahkan jubah, pas masuk, pas kenderaan dan cenderahati kepada graduan,” katanya lagi.

Sementara itu, Penolong Pendaftar Kanan BPA, UTeM, Siti Salwah Ahmad menyatakan proses pengedaran ini dibuka selama empat hari berturut-turut iaitu 2 hingga 5 Disember lalu dan secara keseluruhannya proses operasi berjalan dengan lancar tanpa sebarang kesesakan.

“Ia berjalan seperti mana yang telah dirancang sebulan sebelumnya oleh kumpulan kami dan kerjasama hebat daripada semua ahli kumpulan staf memudahkan lagi operasi mencapai objektif yang dihasratkan,” katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok