Pelajar IPT bekerja sambilan, tampung kos pengajian atau penuhi keinginan diri?

Iklan
Screenshot (71)

SHAH ALAM - Pelajar institut pengajian tinggi (IPT) yang mengambil keputusan bekerja sambilan kebiasaannya adalah bagi menampung yuran pengajian, tetapi terdapat juga pelajar yang ingin memenuhi keinginan masing-masing.

Iklan
Iklan

Menurut Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Sr Dr Norngainy Mohd Tawil, tiada masalah buat pelajar IPT yang bekerja sambilan sama ada atas faktor menampung kos pengajian mahupun untuk memenuhi keinginan diri masing-masing.

Iklan

Baca juga

Iklan

2 alumni Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah USIM, kini pengasas Banat Sandwich

Faedah bekerja sambilan dalam kalangan pelajar IPT

"Pelajar mempunyai keperluan kewangan yang tinggi, mereka terpaksa melakukan sebarang pekerjaan yang boleh meningkatkan pendapatan sama ada untuk keperluan pengajian mahupun untuk kenginan yang tersendiri.

"Apa yang boleh dilihat antara kedua-dua kategori ini ialah golongan ini akan memperoleh nilai tambahan jika mereka bijak menguruskan masa untuk belajar dan bekerja pada masa yang sama.

"Kita juga sendiri pernah mengalami situasi di mana kita ingin makan atau keluar bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain dan wang yang dibelanjakan telah melebihi yang diperuntukkan ketika menjalani sesi pengajian,” katanya ketika ditemu bual pada program Bual Bestari yang disiarkan di laman Facebook Sinar Bestari.

Beliau juga berkata pelajar IPT yang bekerja sambilan telah menyiapkan diri mereka untuk menjadi pekerja di dunia yang sebenar setelah tamatnya sesi pengajian.

"Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menyediakan dana yang besar untuk menggalakkan keusahawanan dalam kalangan pelajar atas dua faktor iaitu ijazah yang diperoleh tidak menjamin pekerjaan dan memberi panduan dan ilmu untuk menjadi usahawan yang berjaya.

"Bekerja sambilan semasa belajar juga akan mendidik pelajar untuk memberi keutamaan kepada yang lebih penting dan ia akan menjadikan individu tersebut lebih berjaya pada masa akan datang,” jelasnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok 

Dalam pada itu, beliau juga berkata segala pengalaman yang dilalui oleh pelajar ketika bekerja boleh menjadi bukti kepada syarikat di luar sana bahawa pelajar tersebut telah berhadapan dengan dunia sebenar.

Namun, Norngainy memberi peringatan kepada pelajar supaya mengenal pasti keutamaan terlebih dahulu dan diikuti dengan perkara yang lain supaya pendidikan dan pekerjaan dapat bergerak seiring.

"Pelajar juga diingatkan supaya melakukan pekerjaan yang halal menerusi saluran yang betul kerana mereka ini membawa nama baik universiti,” tambahnya.