Datuk 3 cucu terima PhD usia 62 tahun, graduasi bersama anak perempuan

Iklan
Kredit foto Bernama Datuk tiga cucu terima PhD usia 62 tahun, graduasi bersama anak perempuan
Dalam usaha menerapkan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), datuk kepada tiga cucu ini juga tidak terkecuali menjadi graduan pada Majlis Konvokesyen Ke-33 Universiti Utara Malaysia (UUM), baru-baru ini.Mengakui cita-citanya sejak kecil lagi ingin memiliki segulung ijazah Doktor Falsafah (PhD), akhirnya impian Ismail Zakaria, menjadi kenyataan.Ismail, 62, berasa sangat gembira kerana berjaya menempuh pelbagai dugaan dalam tempoh lapan tahun bagi menyiapkan PhD sehingga pernah melalui fasa-fasa patah semangat."Saya menghadapi cabaran daripada segi pembahagian masa untuk siapkan tesis."Selain itu, mengimbangi masa sebagai pelajar dan bekerja (sebelum bersara) dan paling mencabar untuk buat analisis data, yang harus dipastikan betul," katanya.Bekas Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Pokok Sena, Kedah itu berkata, dia pernah berputus asa ketika menyiapkan kertas kajian di peringkat PhD."Tetapi saya terapkan di dalam diri ini bahawa orang lain boleh berjaya kenapa saya tidak boleh (berjaya)," katanya.Di usia emas ini, pensyarah sambilan di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Kedah itu tetap mendorong tiga anaknya melanjutkan pengajian di peringkat lebih tinggi.Ternyata jejak langkah graduan dalam bidang Pengajian Sosial berkenaan turut diikuti anak keduanya, Izzati Khairunnisa Ismail, 32.Izzati merupakan graduan Sarjana Sains berjaya menamatkan pengajian dalam jurusan Komunikasi Kepengurusan pada majlis graduasi yang sama dengan bapanya.[caption id="attachment_36828" width="1000"] Kredit foto: Bernama[/caption]Beliau yang bekerja dengan sebuah koperasi di Perlis meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang menjadi antara 244 graduan yang bergraduasi bersama-sama dengan ahli keluarga sendiri.Difahamkan, prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan Covid-19 melarang ibu bapa graduan daripada dibenarkan memasuki ke dalam dewan."Saya tidak sangka, ayah dapat masuk sekali ke dalam dewan dan kami boleh melihat satu sama lain naik ke pentas."Ayah boleh melihat saya terima ijazah saya ini, di samping nak ambil skrol ijazah PhD ayah," katanya.Majlis Konvokesyen Ke-33 UUM akan berlangsung selama tujuh hari berturut-turut bermula 13 Mac sehingga 19 Mac 2022 bagi meraikan 4,052 graduan yang menamatkan pengajian pada tahun 2020.Artikel berkaitanTidak menyangka mampu peroleh markah tertinggi, dua pelajar UUM harumkan nama negara di peringkat duniaUUM bersedia meraikan 4,053 bakal graduanPenyelidik UPM terima Pingat Saintis Muda Polar

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok