Detik tamatnya peperiksaan merupakan detik yang indah buat ramai pelajar. Kebanyakan daripada mereka akan meraikannya beramai-ramai untuk merakam kenangan indah.
Namun, tidak bagi sekumpulan pelajar ini apabila mereka melawat ‘rumah baharu’ gurunya setelah tamat peperiksaan.
Satu video tular di laman TikTok menunjukkan sekumpulan pelajar tersebut menaiki motor beramai-ramai untuk melawat gurunya.
[embed]https://www.tiktok.com/@azeemiskndr/video/7075630865983868186?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7063350216812709378[/embed]
Setelah sampai di destinasi, mereka sebenarnya melawat perkuburan gurunya yang telah meninggal dunia.
Video yang dikongsi oleh @azeemiskndr memperlihatkan beberapa pelajar mengelilingi satu tapak perkuburan yang dikatakan milik arwah gurunya yang dikenali dengan nama Cikgu Normala.
Mereka juga kelihatan berdoa untuk gurunya yang telah banyak berjasa semasa hayatnya sebagai pendidik di sekolah.
Menurut pemilik video tersebut, gurunya yang telah pergi buat selamanya itu merupakan seorang individu yang baik dan sering memberi kata-kata semangat serta nasihat kepada mereka.
Dalam pada itu, anak saudara kepada guru tersebut turut berterima kasih kepada sekumpulan pelajar berkenaan kerana berkongsi detik sedih itu.
Video berdurasi 27 saat itu telah mendapat lebih 800,000 jumlah tontonan dengan lebih 130,000 jumlah komen.
Rata-rata pengguna laman itu turut merasai kesedihan dan mengucapkan takziah kepada mereka yang telah kehilangan guru yang dikasihinya itu.
@aliff: Mesti arwah cikgu gembira sebab dapat anak murid sepert ini.
@nazifahwordrobe: Saya doakan kamu semua berjaya dunia akhirat, pandai mak ayah kamu didik.
@TeacherZack: Masya-ALLAH, bangganya saya kalau dapat anak murid macam kalian. Syabas semua. Semoga ALLAH tempatkan roh cikgu dalam kalangan orang-orang solehin.
Artikel berkaitan
(VIDEO) Cikgu beli 50 pek nasi ayam RM2, bantu jualan ibu murid lembam
(VIDEO)"Terima kasih cikgu, bagi duit dekat saya untuk buat cermin mata”
(VIDEO) Tercari-cari pemilik suara merdu, Cikgu Shamira tak sangka ia milik pelajarnya