IMG_6160
IMG_6160

(VIDEO) “Terima kasih cikgu, bagi duit dekat saya untuk buat cermin mata”

Rasyidah Zulkifi
09 Mar 2022 11:58am
A
A
A

Baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang berjaya menarik perhatian warganet terhadap budi baik seorang guru.

Menerusi rakaman berdurasi kira-kira 3 minit itu, difahamkan hantaran tersebut dibuat oleh ibu murid lelaki yang dibantunya.

Melalui video tersebut, guru dalam lingkungan usia 40-an dilihat menyampaikan bantuan berbentuk wang tunai kepada murid berkenaan.

[video width="720" height="1304" mp4="http://sinarbestari.sinarharian.com.my/wp-content/uploads/2022/03/IMG_6160.mp4"][/video]

Sumbangan tersebut bertujuan membantu murid lelaki itu bagi membeli sepasang cermin mata kerana dia mempunyai masalah rabun.

“Terima kasih cikgu, bagi duit dekat saya untuk buat cermin mata.

“Gembira sangat-sangat. Nampak semua jelas. Semoga cikgu murah rezeki, Amin,” kata murid itu.

Melalui khidmat pesanan mesej di aplikasi WhatsApp, guru itu memaparkan tangkapan skrin perbualannya dengan ibu murid berkenaan.

Cikgu: Naik sekolah nanti dapat pakai cermin mata baru.

Ibu murid: Itulah. Terima kasih cikgu, rajin dia ringan tulang bantu ibunya buat kerja.

Cikgu: Syukur.

Ibu murid: Terima kasih cikgu sedekah dekat anak saya. Moga cikgu dalam lindungan ALLAH dimurahkan rezeki seperti air zam zam mengalir.

Hantaran tersebut berjaya meraih 75,300 tontonan dengan hampir 6,000 tanda suka daripada warganet. Rata-rata pengguna akaun TikTok memuji kebaikan yang dilakukan guru wanita itu.

Izham:Saya puji sangat sikap cikgu, saya doakan cikgu teruskan perjuangan, ALLAH yang dapat balas segala yang cikgu buat. Amin.

Roslan Iffat: Cikgu yang baik pasti anak murid akan berguna di masa akan datang. Tahniah cikgu, anda menang.

Taam Pasoh:Alhamdulilah dan tahniah buat cikgu yang sudi untuk hadir pada mereka yang tidak berkemampuan. Semoga ALLAH angkat darjat cikgu di akhirat.

Estranged:Belajar rajin-rajin ya dik. Belajar sampai berjaya. Dah berjaya nanti jangan lupa ibu, ayah dan cikgu yang banyak tolong adik. Insya-ALLAH inilah saham akhirat cikgu.

Artikel berkaitan 

(VIDEO) Lempar guru ke dalam kolam, tindakan sekumpulan murid undang pelbagai reaksi warganet

(VIDEO) 31 tahun berkhidmat sebagai guru di Sabah, detik perpisahan dikongsi murid undang kesedihan warganet

Program Drugs-Ciety’22 dedah murid tentang bahaya penyalahgunaan dadah


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok