(VIDEO) Tercari-cari pemilik suara merdu, Cikgu Shamira tidak sangka ia milik pelajarnya
(VIDEO) Tercari-cari pemilik suara merdu, Cikgu Shamira tidak sangka ia milik pelajarnya

(VIDEO) Tercari-cari pemilik suara merdu, Cikgu Shamira tak sangka ia milik pelajarnya

Roshlawaty Md Raieh
15 Jul 2022 08:12am
A
A
A

Pelajar Malaysia memang terkenal dengan pelbagai bakat atau kebolehan semula jadi dalam diri.

Ada yang mahir melukis, menyanyi, memasak, menulis novel, menari dan banyak lagi bakat terpendam yang dimiliki oleh para pelajar kita.

Dek bakat kurniaan ALLAH itu, baru-baru ini tular sebuah video yang dikongsikan oleh @shamira.noordin di laman TikTok.

Video yang memaparkan seorang pelajar perempuan sedang menyanyikan sebuah lagu, telah menarik perhatian pengguna laman itu sehingga mendapat lebih 5 juta tontonan dengan hampir 470,000 tanda suka.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, kenapa video ini mendapat perhatian yang luar biasa daripada pengguna TikTok.

https://www.tiktok.com/@shamira.noordin/video/7112035212887870746?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&q=shamira%20noordin&t=1657842937190

Sebenarnya, suara pelajar perempuan inilah yang membuatkan ramai menontonnya sehingga ada yang mendengarnya beberapa kali hanya kerana suaranya yang merdu ketika menyanyikan lagu ‘Pertama Kali’ dendangan penyanyi asal, Shaa.

Menurut pemilik video yang dikenali sebagai Cikgu Shamira, dia turut mengakui yang suara pelajarnya sedap dan merdu didengar.

“Cikgu nak minta awak menyanyi satu lagu boleh? Suara awak sedaplah, cikgu rekod ya,” katanya menerusi rakaman video tersebut.

Sementara itu, majoriti pengguna laman TikTok tidak ketinggalan memuji suara pelajar yang berbakat besar dalam bidang nyanyian itu.

Antara yang sempat dipetik oleh Sinar Bestari adalah

@CikBamMara: MasyaALLAH merdunya. Mengaji pun sedap ni.

@Diey: Meremang dengar suara dia. Sedap sangat.

@Syer4: Suara yang sangat power, nak sama dengan penyanyi asal.

@MelorFirdaus: Sedap suaranya, boleh pergi jauh dalam bidang nyanyian.

Kepada pelajar ini, Sinar Bestari berharap agar dia dapat mengembangkan bakat ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Percayalah, awak mampu mencipta nama dalam bidang seni suara sekiranya mengasah kemahiran nyanyian dengan mereka yang berpengalaman.

Semoga berjaya dik.

Artikel berkaitan 

(VIDEO) Sanggup berhenti sekolah, kanak-kanak 10 tahun tolong ibu berniaga undang simpati warganet

(VIDEO) Sekolah hasilkan video muzik raya dengan konsep unik, berjaya tarik perhatian warganet

“Cikgu, sedapnya kalau dapat makan ini, dah lama saya teringin”


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan