Siswazah bertemu ajal kerana sakit kepala, ibu sebak ambil skrol ijazah

Iklan
Ibu wakil sedih Siswazah bertemu ajal kerana sakit kepala, ibu sebak ambil skrol ijazah

Siswazah Sarjana Muda Kewangan Antarabangsa, Nurastina Jalaludin, 24, bertemu ajal akibat sakit kepala.

Iklan
Iklan

Arwah menghadiahkan segulung ijazah buat ibunya di Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Iklan

Ibu arwah, Juliana Baru, 57, tidak dapat menahan sebak ketika mengambil skrol mewakili anaknya yang disampaikan Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr Taufiq Yap Yun Hin.

Iklan

Baca juga

Ibu bapa sebak bila dua anak naik pentas bersama-sama terima Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama

Pengajian pascasiswazah bukan suatu perlumbaan

"Masih terngiang-ngiang dalam ingatan saya, arwah berhasrat untuk menghadiri hari konvokesyennya sekeluarga dan sangat teruja ingin bergambar bersama-sama kami.

"Namun, ajal terlebih dahulu menjemputnya,” katanya pada Majlis Konvokesyen UMS Ke-22, baru-baru ini.

Difahamkan, Nurastina menghembuskan nafas terakhir pada Oktober lalu dalam pangkuan bapanya di Sipitang.

"Lebih memilukan, Nurastina meninggal dunia sambil disaksikan ahli keluarga yang lain.

"Kami masih bersedih dan rindu dengan arwah, tetapi kami juga berbangga dengan pencapaiannya,” ujarnya.

Menurut Juliana, arwah Nurastina merupakan pelajar cemerlang sejak di bangku sekolah rendah.

Beliau menyifatkan anaknya yang kelima daripada lapan beradik itu seorang yang ceria, baik, peramah dan taat kepada ibu bapa.

"Arwah tidak pernah melukakan hati saya dan ayahnya kerana sentiasa mendengar nasihat.

"Dia ingin berjaya dalam hidupnya dan membanggakan kami berdua.

"Saya reda dengan semua ini, ALLAH lebih sayangkan arwah,” katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Pada majlis sama, Juliana hadir ditemani suami dan anak-anaknya yang lain.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak UMS kerana sudi menjemput mereka sekeluarga sebagai wakil bagi mengambil skrol ijazah milik arwah Nurastina.